Menyandarkan Segala Keputusan Kepada Allah

Oleh: Mymuslimin.com

Berhati-hatilah dengan trend yang menjadikan manusia seolah-olah pelakon pasif dalam hidup, sementara setiap keputusan disandarkan sepenuhnya kepada “Allah sebagai director”. 

Benar, Allah mengatur takdir dan menentukan natijah, tetapi Islam tidak pernah mengajar kita menjadi pasrah tanpa usaha. 

Dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita berikhtiar, berfikir, memilih, dan memikul tanggungjawab. Menyandarkan semua keputusan kepada “arah Tuhan” tanpa usaha sendiri boleh menjadikan agama sebagai alasan untuk mengelak tanggungjawab, sedangkan hakikatnya Allah mahu hamba-Nya bergerak, berusaha, dan bertanggungjawab atas pilihan yang dibuat. 

Trend sebegini mungkin nampak “spiritual” di permukaan, tetapi jika tidak difahami dengan betul, ia boleh memesongkan pemahaman tentang tawakal, qada’ dan qadar, serta peranan sebenar manusia sebagai khalifah di bumi.

Tanggapan seumpama ini sering timbul disebabkan oleh ketidakfahaman dalam memahami maksud sebenar qada’ dan qadar. Lantas, tingkatkan ilmu di dada agar kita keluar dari kekeliruan dan memahami aqidah Islam yang sahih. Wallahu’alam.

Dapatkan penjelasan pejabat Mufti tentang hal ini dalam artikel:  Menyandarkan Segala Keputusan Kepada Allah

Hukum Bersangka Buruk Dengan Allah

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑