Oleh: Mymuslimin.com
GHUMAH PANGKiN Kitchen and Garden ialah sebuah restoran berkonsepkan santapan dalam kebun yang menekankan suasana nyaman, hijau dan tenang, seolah menjamu selera di laman rumah sendiri dikelilingi kebun menghijau. Dengan dekorasi penuh tanaman hidup, pencahayaan lembut dan sentuhan rustic kayu, restoran ini menawarkan pengalaman makan yang santai, damai dan sangat sesuai untuk keluarga, rakan-rakan ataupun sesi ‘me-time’. Suasana yang lapang dan penuh kehijauan menjadikan setiap hidangan menggamit nostalgia, terasa lebih dekat dengan alam, memberi ketenangan kepada para pengunjung.
Dari segi menu, GHUMAH PANGKiN Kitchen and Garden terkenal dengan hidangan berinspirasikan masakan kampung yang dihidangkan dengan persembahan yang kemas dan menyelerakan. Ramai pelanggan memuji rasa masakan yang ‘homemade’, segar dan penuh rempah serta layanan mesra yang membuatkan mereka berasa dialu-alukan. Siapa yang tak berselera bila disajikan sarapan dengan hidangan klasik seperti lontong darat, lempeng, mee kari dan kuih-muih tradisional? Dah lepak di sini memang berat untuk drive pulang. Kalau turun ke selatan, singgahlah, lokasinya tak jauh pun dari exit highway.




GHUMAH PANGKiN Kitchen and Garden
Lot 1564, Kampung Bukit Kadir, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi:
Khamis – Isnin: 7.30pg-3.00ptg
Tutup Selasa & Rabu
Leave a comment