MAIS Tegas Tolak Usaha Normalisasi Budaya LGBT

SHAH ALAM, 10 Jan — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan pendiriannya menolak sebarang usaha menormalisasikan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam, undang-undang serta norma masyarakat di Malaysia.

Dalam kenyataan media hari ini, MAIS memaklumkan pihaknya memandang serius laporan berkaitan penganjuran program yang melibatkan komuniti LGBT serta usaha mempromosikan gaya hidup berkenaan. Sebagai badan yang bertanggungjawab memelihara kesucian agama Islam di Selangor, MAIS menentang keras sebarang aktiviti yang bertujuan mempromosi, menyokong atau menormalisasikan budaya tersebut.

MAIS turut mengingatkan umat Islam agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan normalisasi LGBT dan menyeru masyarakat supaya berpegang teguh kepada ajaran agama. Pada masa sama, MAIS menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan, termasuk JAIS, bagi memperkukuh pendidikan akhlak, dakwah serta program pemulihan di negeri ini.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑