Nasi Kandar Kudu Tetap Di Hati

Oleh: Mymuslimin.com

Nasi kandar dan Kuala Lumpur memang tak dapat dipisahkan, dan salah satu lagenda yang masih bertahan sehingga hari ini ialah Restoran Kudu Bin Abdul di Chow Kit. Sejak 1960-an, kedai klasik ini hanya ada satu sahaja — tiada cawangan, tiada “franchise”, hanya rasa ori old-school yang surrr sejak dulu. Suasana dalamannya pun masih retro, buat kita rasa macam melangkah ke KL zaman lama. Paling best, bila semua kuah “banjir” bercampur atas nasi panas — setiap suapan jadi kombinasi rasa berbeza, dengan kari ikan dan ayam yang ringan tapi padu. Kalau cari nasi kandar otai di KL, inilah tempatnya.

Restoran Kudu Bin Abdul
335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari, 10pg-10mlm

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑