Terletak di tebing Sungai Sarawak, masjid yang memiliki ciri rekaan dan binaan Timur Tengah ini adalah tarikan serta mercu tanda baharu di bandaraya Kuching.
Kenali Masjid Ahmadiah, Kampung Kepayang
Masjid Ahmadiah ini diberi nama sempena nama Toh Sedewa Diraja Ahmad, pembesar Melayu di kawasan ini dan juga Orang Besar Enam Belas. Kegemilangan perlombongan bijih timah di Kampung Kepayang dan Simpang Pulai pada akhir abad ke-19 telah mencetuskan pembinaan masjid ini oleh Toh Sedewa Ahmad bagi menyatukan penduduk di kawasan Mukim Sungai Raya.
Kenali Masjid Kampung Hulu, Melaka
Dibina pada tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Bandar Hilir, Melaka yang berusia menginjak 300 tahun ini merupakan masjid ketiga tertua di Semenanjung Malaysia. Masih digunakan sehingga hari ini, ianya juga terletak di lokasi asal yang dikelilingi peniaga masyarakat Cina.
Kenali Masjid Sultan di Singapura
Terletak di Kampung Gelam, Masjid Sultan merupakan mercu kebanggaan masyarakat Islam di Singapura dan sering menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.
Kenali Masjid East London
Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah melawat dan menunaikan solat Jumaat di masjid ini.
Kenali Masjid Omar Ali Saifuddien
Beberapa tahun yang lalu, tim mymuslimin berkesempatan berkunjung ke negara Brunei Darussalam dan melihat sendiri keindahan Masjid Omar Ali Saifuddien yang terletak di sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan. Masjid yang boleh memuatkan lebih 3,000 jemaah semestinya menjadi tarikan para pelancong kerana senibinanya yang sangat unik dan menawan. Dinamakan sempena Sultan Brunei... Continue Reading →