Nasi Lemak Depan Kubur – Sedap Berhantu!

Untuk warga kota yang ingin mengubah angin di hujung minggu tetapi tidak boleh bercenggang daripada nasi lemak sebagai sarapan, mymuslimin.com ingin mencadangkan restoran Nasi Lemak Depan Kubur yang membuat anda tidak kisah memandu sebentar dan membayar tol untuk sampai ke sini.

Pemilihan font restoran ini menambah rasa kepada pengalaman

Dengan nasi lemak yang terasa lemak santannya, restoran ini menyediakan pilihan lauk pelbagai jika anda tidak puas hati dengan hanya telur rebus separuh, sambal sesenduk dan sambal kacang tanah. Sambal nasi lemak di restoran ini manis-manis pedas, lazat diadun dengan sambal kacang tanah eksklusif yang setakat ini tidak dijumpai di mana-mana kedai nasi lemak lain.

Ruang makan luas dan selesa kepada pengunjung

Ayam goreng, hati goreng, paru goreng, rendang kerang, bergedil, sambal sotong adalah antara pilihan lauk yang boleh memeriahkan sepinggan nasi lemak anda. Semua lauk cukup rasa. 

Selain nasi lemak, Nasi Lemak Depan Kubur juga menyediakan roti canai stail Melayu yang kurang unsur karinya. Namun, rasanya masih terangkat. 

Roti canai perlu tunggu sebentar kerana permintaan tinggi

Jangan ingat nama ini direka suka-suka, memang ada tanah perkuburan betul-betul di hadapan tempat ini! Hati-hati makan di sini, sedapnya ‘berhantu’!

Nasi Lemak Depan Kubur 

Jalan Kemang 6, Depan Tanah Perkuburan Islam Telok Kemang

Port Dickson, Negeri Sembilan

Buka 3 pagi sehingga 5 petang

Gambar: mymuslimin 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: