Sesungguhnya orang yang tidak yakin sepenuhnya terhadap akhirat, agak susah hendak memberhentikan dirinya dari syahwat dunia dan mengalih perhatian dari kegilaan dan keseronokannya kerana ia tidak rela untuk menjual keseronokan yang ada di hadapan matanya untuk membeli kelazatan akhirat yang diraguinya.
Pemakaian Pelitup Muka Di Masjid dan Surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kini tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa mulai 30 September 2022 (Jumaat).
Bahaya Keseronokan Hidup Ke Atas Akhlak (Bahagian I) – Almarhum Dr. Yusof Al-Qaradhawi
Perkara yang paling merbahaya ke atas akhlak manusia ialah keseronokan dan tipu daya dunia berbentuk perempuan, anak-anak, emas dan perak, kuda tunggangan yang istimewa, binatang ternakan dan tanam-tanaman. Terlalu kasihkan dunia adalah punca segala dosa, berlumba-lumba merebutnya adalah sebab segala bencana.
6 Pilihan Homestay Berlokasi di Masjid
Berikut adalah 6 pilihan homestay untuk percutian bersama keluarga anda yang akan datang. Kesemuanya terletak di lokasi strategik untuk bercuti dengan selesa di samping memudahkan ibadah harian. InsyaAllah.
19. ASMAUL HUSNA – AL-FATTAH (Yang Maha Membuka Pintu Rahmat)
Asmaul Husna yang ke-19 ialah Al-Fattah yang bermaksud Yang Maha Membuka. Yang dimaksudkan membuka sama ada membuka benda yang benar-benar tertutup, atau yang tertutup itu dalam perkara yang maknawi seperti hati yang tertutup sehingga tidak dapat mendengar nasihat yang berguna. Apabila pintu hati seseorang hamba Allah tertutup daripada hidayah, maka tidak ada seorang pun yang boleh membukanya kecuali Allah SWT.