Berikut adalah 6 pilihan homestay untuk percutian bersama keluarga anda yang akan datang. Kesemuanya terletak di lokasi strategik untuk bercuti dengan selesa di samping memudahkan ibadah harian. InsyaAllah.
1. Homestay Al-Azhariah, Seksyen 18, Shah Alam


Homestay Al-Azhariah ini telah mula beroperasi pada pertengahan tahun 2013 dan terletak di dalam perkarangan Masjid Al-Azhariah di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.
Kemudahan penginapan ini mempunyai dua unit bilik yang boleh disewa iaitu bilik Homestay Al-Azhariah 1 dan Homestay Al-Azhariah 2. Kedua-dua bilik ini terletak di tingkat atas bangunan kemudahan masjid yang mana di bahagian bawah bangunan terdapat kemudahan tandas dan ruang mengambil wuduk berasingan bagi lelaki dan wanita. Satu bilik penginapan mampu menampung sehingga 5 hingga 6 orang penginap (katil saiz Queen untuk dua orang dan selebihnya boleh menggunakan tilam tambahan).
Untuk info lanjut atau tempahan, sila hubungi: Puan Izzah B Yusoff (010-8498152)
2. Homestay Kompleks Darul Hikmah, Puchong, Selangor


Homestay Kompleks Darul Hikmah di Masjid Darussalam, Puchong telah dibuka untuk tempahan sejak bulan November 2017. Dua buah rumah homestay disediakan yang masing-masing mempunyai 2 bilik dan 3 bilik, sesuai untuk ditempah untuk percutian keluarga.
Untuk info lanjut atau tempahan, sila hubungi pengurus homestay; Imam Azrul di talian 012-2949653 atau Bendahari 011-3653 2814
3. Homestay Al-Aman Inn, Masjid Aman, Alor Setar

Homestay ini mempunyai 4 buah bilik berhawa dingin dengan tandas yang bersih, cantik dan selesa, katil besar (saiz King), televisyen serta WiFi percuma. Ia terletak bersebelahan Masjid Aman, serta berhampiran dengan kedai runcit dan kedai makan.
Untuk info lanjut atau tempahan, sila hubungi 012-4310295
4. Homestay Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh, Perak


Terletak di dalam kawasan Masjid Al Muttaqin, Taman Meru, Ipoh, homestay ini mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air. Dapur dilengkapi dengan peti sejuk, dapur gas, cerek elektrik dan periuk nasi elektrik. Peralatan asas memasak seperti kuali dan pinggan mangkuk (serta sudu, garfu, pisau senduk dan sudip) juga disediakan.
Ruang tamu dilengkapi dengan 1 set sofa, seterika dan televisyen. Kelengkapan lain seperti penyangkut baju, tuala mandi, sejadah, sabun mandi (cecair) juga disediakan. Terdapat juga set alas tidur tambahan (toto), jika diperlukan.
Untuk tempahan, sila hubungi: En.Mohamad Azaudin @019-5751008 En.Suhairi @ 018-5729766
5. Homestay Masjid An-Nur Temasya, Glenmarie, Selangor


Masjid An-Nur Temasya Glenmarie terletak di Jalan Perintis, Kawasan Perindustrian Temasya, Shah Alam, Selangor. Masjid ini telah dibuka pada bulan Mac 2017 dan telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2 Jun 2017.
Homestay di sini menyediakan 2 bilik dengan katil saiz Queen, 2 bilik air, meja makan, peti sejuk, televisyen, ruang tamu dan sofa.
Untuk tempahan, sila hubungi: Ustaz Puzi (011-21243957)
6. Homestay Khairat Masjid Kampung Beladau Kolam, Kampung Sekati, Manir Kuala Terengganu


Homestay ini merupakan rumah 2 tingkat yang luas dengan 7 bilik tidur (4 bilik berhawa dingin), 4 bilik air dan 2 bilik mandi. Ia juga mempunyai tempat letak kereta persendirian (berpagar & terbuka). Kemudahan lain yang disediakan termasuk meja makan, television 32″ (Astro njoi), pemanas air, dan kelengkapan dapur termasuk pinggan, cawan dan jag.
Homestay ini terletak lebih kurang 14 minit dari lapangan terbang dan Masjid Kristal, dan 17 minit dari bandar Kuala Terengganu.
Sila hubungi 018-9071156 untuk tempahan