Muhammad bin ad-Dauri rahimahullah berkata yang ertinya:
“Iblis itu akan sengsara kerana lima perkara iaitu:
1. Tidak mengakui dosa yang dilakukannya.
2. Tidak menyesal dengan perbuatan dosanya.
3. Tidak mencela dirinya sendiri atas perbuatan dosa.
4. Tidak bertekad untuk bertaubat.
5. Putus asa daripada rahmat Allah.’
Sementara itu, Nabi Adam AS bahagia kerana lima perkara iaitu:
1. Mengaku dosa yang dilakukannya.
2. Menyesal di atas perbuatan dosanya.
3. Mencela dirinya sendiri atas perbuatan dosa.
4. Segera bertaubat.
5. Tidak berputus asa daripada rahmat Allah.”
Kalimah penyesalan Nabi Adam AS atas dosa yang dilakukannya diabadikan dalam firman Allah SWT:
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ (٢٣)
(Surah Al-A’raf 7:23)
“Kedua-dua berkata, Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.”
Tentang pengakuan dosa yang pernah dilakukan oleh seorang hamba. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seorang hamba itu jika mengakui dosa yang dilakukannya, kemudian dia bertaubat, nescaya Allah akan mengampuni dosanya.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain riwayat Abdullah bin Mas’ud RA disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang melakukan suatu kesalahan atau dosa, kemudian dia menyesal, maka penyesalannya itu adalah penebus atas kesalahan atau dosa tersebut.”
(HR. Al-Baihaqi)
Sumber: Nashaihul ‘Ibad oleh Syeikh Nawawi Al-Bantani
Leave a Reply