Ayuh Lelaki, Perkasakan Diri! Majalah dwi-bahasa yang membawa pengisian yang merangkumi tip dan panduan amalan, ilmu agama, renungan harian, isu keluarga, perhubungan, jalan dan makan, kerjaya, serta gaya hidup.
Barbeque atau dipendekkan kepada BBQ merupakan cara penyediaan di mana daging dimasak dengan cara panggang atau disalai di atas kayu tertentu atau arang pada suhu rendah dan masa memasak yang lama, iaitu selama beberapa jam.
Hasilnya, daging akan lembut sempurna dan rasa salainya meresap ke dalam daging. Daging-daging ini kemudiannya disalut dengan sos barbecue dan dimakan bersama hidangan sampingan.
Di PitBoy BBQ, masakannya diinspirasi oleh resepi bbq Texas, Amerika, dan mereka menggunakan daging halal berkualiti dari Australia yang bukan sahaja lazat tetapi dijual dengan harga berpatutan.
Hidangan Platter di sini bermula dari RM169 ke atas dan boleh dikongsi dengan beberapa orang. Setiap hidangan platter datang dengan tiga hidangan sampingan serta sos tambahan. Tomahawk juga ditawarkan, tetapi perlu ditempah awal, dan harganya mencecah seribu ringgit kerana dagingnya agak besar, dan mengambil masa yang lama untuk disediakan.
Sementara menunggu hidangan utama, kami bermula dengan loaded fries, kentang goreng panas disimbah dengan kuah daging dan keju. Pembuka selera yang betul-betul menyelerakan! Kombinasi kentang goreng panas, daging cincang dan kuah keju, siapa sahaja yang tak suka, kan?
PitBoy BBQ juga memahami selera orang Malaysia yang tidak boleh bercenggang dengan nasi. Oleh itu disediakan hidangan nasi mendi yang lauknya ialah daging bbq. Kombinasi ini walaupun kelihatan masuk akal, tetapi rasanya agak pelik sedikit kerana sos bbq apabila dimakan dengan nasi, sedikit mengelirukan. Tetapi, dagingnya memang lembut dan berperisa.
Hidangan daging tulang rusuk di PitBoy BBQ pula, sempurna! Tidak syak lagi inilah bbq à la Amerika yang kami cari! Kami juga mencuba Quesadilla dengan dua sos, keju dan bbq. Boleh tahan rasanya.
Pemaging tegar yang masih belum mencuba restoran ini, sila masukkan ke dalam senarai. Selain di Puchong, PitBoy BBQ juga membuka cawangan di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, Johor.
PitBoy BBQ No 47-G, Jln BP 7/2, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor Buka 12 tengahari – 1030 malam
Leave a Reply