ASMAUL HUSNA – AL-QAWWIYYU (Yang Maha Kuat)

Asmaul Husna yang ke-54 ialah Al-Qawiy atau dalam bahasa arab diterjemah sebagai yang maha kuat. Ia adalah salah satu daripada sifat-sifat Allah SWT. Kuat merupakan sifat yang bukan sekadar wujud pada Allah, malah ia diberikan juga kepada hamba-hamba-Nya. Pemberian sifat kuat kepada manusia itu, bukanlah untuk menandingi Allah, sebaliknya kurniaan itu sebagai ujian kepada manusia agar menggunakan pemberian itu dengan sebaik mungkin.

Kuat pemberian Allah kepada manusia untuk dijadikan sebagai alat mempertahankan agama, mempertahankan orang-orang lemah dan sebagainya. Suatu tindakan yang salah, apabila manusia yang diberikan kekuatan oleh Allah digunakan untuk menindas orang-orang lemah, atau cuba menandingi Allah SWT.

Jika keadaan ini berlaku, tidak hairanlah mereka akan diisytihar oleh Allah SWT sebagai musuh-Nya, seterusnya mereka dibinasakan. Situasi inilah yang berlaku kepada diri Firaun yang merasakan dia berkuasa, tetapi dia lupa bahawa kekuasaan yang wujud pada dirinya itu merupakan pemberian daripada Allah SWT. Kelalaian itu menyebabkan dia mengaku dirinya sebagai tuhan yang maha agung.

Dalam keadaan Firaun mempunyai kekuatan dari sudut ketenteraan, negara, kerajaan dan sebagainya, Firaun berjaya dikalah oleh Allah dengan kedatangan seorang nabi yang bernama Musa AS. Keadaan yang sama juga berlaku kepada Namrud yang lupa akan kekuatan pemberian Allah sehingga dia mengaku dirinya sebagai tuhan. Apabila keadaan itu berlaku, Allah mengutuskan Ibrahim AS untuk menyampaikan dakwah kepada beliau. Pun begitu, dia tetap ingkar sehingga dia dimatikan oleh Allah bahana daripada seekor nyamuk yang masuk dalam telinganya.

Nah! Betapa Al-Qawiy-nya Allah SWT. Kekuatan Allah itu, waimma diberikan juga kepada manusia, ia tetapi tidak selayaknya dijadikan sebagai bahan melakukan penindasan, tetapi hendaklah dijadikan sebagai ujian dalam memartabatkan iman. 

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: