Perkara Penting Ketika Masuk & Keluar Masjid

Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
Maksudnya: “Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah akan sediakan baginya tempat dalam syurga sepertimana pergi dan pulang.”

(Riwayat Muslim 669)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَتَعَاهَدُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالإِيمَانِ
Maksudnya: “Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa dan rajin menuju ke masjid-masjid, maka saksikanlah baginya dengan iman.”

(Riwayat al-Tirmizi 2617)

Oleh itu, mereka yang hendak memasuki masjid haruslah memerhatikan perkara-perkara berikut:

Suci dari najis & masuk dengan kaki kanan: Memastikan alas kakinya suci dari najis dan memasuki masjid dengan mendahului kaki kanan.

Berwudhu: Tidak memasuki masjid, kecuali setelah mengambil wuduk.

Berdoa: Saat memasuki masjid kita hendaklah berdoa, ‘Bismillah wa salamun ‘ala Rasulillah wa ‘ala mala ikatillah. Allahumma iftah lana abwaba rahmatika, innaka antal wahhab.’ yang bermaksud: ‘Dengan menyebut nama Allah.. Keselamatan semoga dicurahkan kepada Rasulullah dan para malaikat Allah. Ya Allah, bukakanlah pintu rahmat-Mu untuk kami,  sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.’  

Memberi Salam: Memberi salam kepada orang-orang yang ada di masjid. Jika tidak ada orang, hendaklah membaca, ‘Assalamu’alaini wa ‘ala ibadillahish sahlihin’, semoga kesejahteraan selalu dilimpahkan kepada kita dan para hamba-hamba Allah yang soleh.

Mengucap Syahadah: Mengucapkan kalimah syahadah, ‘Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadar Rasulullah.’ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahawa Muhammad ialah utusan Allah.’ 

Perhatikan Orang yang Solat: Tidak melintas di depan orang yang sedang solat.

Solat Sunat Dua Rakaat: Tidak duduk sebelum mendirikan solat dua rakaat, (solat tahiyatul masjid).

Tinggalkan Duniawi: Tidak melakukan pekerjaan yang bersifat duniawi semata- mata di dalam masjid, tidak bercakap tentang urusan dunia.

Doa Keluar Masjid: Saat keluar dari masjid hendaklah mengucapkan, ‘Subhana- kallahumma wa bihamdika asyhadu alla ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik.’ yang bermaksud “Ya Allah, Engkau Maha Suci, Maha Terpuji. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”

Sumber: Nashaihul ‘Ibad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: