ASMAUL HUSNA – AL-HAMID (Yang Maha Terpuji)

Asmaul Husna yang ke 57 ialah Al-Hamid yang bererti Tuhan yang Maha Terpuji bagi Allah SWT hanya mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Justeru tiada ruang bagi makhluk untuk mempertikaikan dan mencari sebarang kekurangan pada sifat Allah SWT yang Maha Sempurna. Semuanya adalah terpuji dan disanjungi. Jika ada makhluk yang cuba mencari sesuatu kelainan untuk dibandingkan dengan Allah SWT, sehingga ia disembah dan ditaati. 

Tindakan itu seolah-olah cuba mencari kekurangan Allah SWT sehingga mereka memerlukan tuhan yang selain-Nya. Ia adalah perbuatan mencela Allah SWT. Celaan itu hasil daripada sifat keji atau kelemahan yang ada pada diri makhluk itu sendiri. 

Oleh kerana Allah SWT bersifat Terpuji dalam erti kata hanya Dia yang layak dipuji disebabkan kesempurnaan Zat-Nya yang Maha Sempurna. Justeru manusia yang sentiasa berhadapan dengan Allah SWT mestilah merasai bahawa kelemahan adalah paling layak untuk manusia sebagai makhluk. 

Ibarat seorang peniaga yang menghadapi karenah pelanggannya, dia mesti menganggap bahawa setiap pelanggan berada di pihak yang benar. Kerana jika dia menyalahkan pelanggan nescaya tidak ada yang sudi datang untuk membeli-belah di kedainya lagi.

Begitu juga bagi manusia yang berdepan dengan Allah SWT, yang benar hanya di pihak-Nya. Kesalahan hanya layak terjadi kepada makhluk, kerana makhluk adalah lemah dan serba kekurangan.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: