Oleh: Mymuslimin.com
Nak rasa bersarapan dalam suasana kampung dan makanan yang sedap-sedap, singgahlah ke 22.Kedai Cikgu di Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh, Perak. Restoran yang dibina di atas sebidang tanah di kawasan kampung ini berkonsepkan ‘open air’, tidak berdinding dan berlatarbelakangkan pepohon hijau serta pokok-pokok bunga yang membawakan suasana kampung yang nyaman dan tenang. Meja-meja makan disusun secara rawak di tepi-tepi pokok, memberi ruang kepada pelanggan untuk bersantai menikmati sarapan.


Namun begitu, tawaran aura kampung sahaja tidak akan membawa berduyun pengunjung ke 22.Kedai Cikgu jika makanan yang ditawarkan biasa-biasa sahaja. Ternyata restoran ini cukup popular di kalangan warga tempatan serta pengunjung luar yang ingin mencuba menu istimewanya, Nasi Lemak Chicken Chop Crispy!
Chicken Chop di 22.Kedai Cikgu ini live up to its name bak kata orang Inggeris kerana sememangnya dihidang crispy dan sedap! Agak berat nak makan Chicken Chop untuk breakfast kan? Tapi kalau dah travel jauh-jauh, rugilah kalau tak dicuba. Selain Nasi Lemak Chicken Chop, Nasi Goreng Chicken Chop pun ada, atau order Chicken Chop sahaja. Dijamin berbaloi-baloi dengan harga.

Satu lagi hidangan mesti-cuba di sini ialah Mee Kari Sungai Rapat. Tidak dapat dipastikan samada ini resepi unik restoran ini atau orang Sungai Rapat semuanya masak mi kari begini. Kuah kari Mee Kari Sungai Rapat tidak mengecewakan langsung! Ringan tetapi cukup rempah serba serbi, dan hidangan ini tidak lokek dengan protein.

Hidangan lain yang menarik di 22.Kedai Cikgu termasuk Lontong Kampung Melayu serta Wonton Sup dan Kuetiau Hor Fun yang mewakili makanan lazim orang Ipoh. Roti-roti seperti Roti Khitab, Roti Bun dan Lempeng Bilis juga ada, manakala bagi mereka yang menggemari sarapan a la Barat, sup cendawan dalam roti, Omelette, Shakshuka boleh dicuba.

Dan oleh kerana 22.Kedai Cikgu ini terletak di Ipoh, Lai Chee Kangnya premium! Punyalah besar semangkuk Lai Chee Kang di sini, terperanjat bila dihidang. Namun, rasanya mantap dan berbaloi dengan bahan-bahan Lai Chee Kangnya yang cukup dan memuaskan hati pelanggan.

22.Kedai Cikgu
22, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Melayu Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak
Buka: Setiap hari 7 pagi – 1230 tengahari (kecuali Khamis)
– Sarapan pagi kami hari ini @ 21/4/2024 ,memang paling TAK SELESA dan TAK BERMAKNA langsung
– Dah la parking susah dapat , bila order je.. nasi lemak habis, nasi goreng habis
– Isteri order lontong tapi TERLALU MASIN ! sampai perlu di “adjust” baru ada rasa sikit !
– Masa makan kami tak selesa LANGSUNG sebab panas ! Kipas angin yg ada , jenis kecil .. BELI DAN LETAK LA KIPAS BERDIRI YG BESAR SUPAYA PELANGGAN LEBIH SELESA BILA MAKAN !
Ini tak .. saya dan isteri perlu lap peluh sambil makan dan peluh mencurah curah turun seperti makan dalam SPA !
Harap owner kedai baca semua yg diatas ni .. sebab , cafe awak tu bumbungnya rendah .. Maka mmg akan PANAS DENGAN BAHANG yg cukup membuat pelanggan rasa tak selesa untuk makan
Ini yang terakhir kunjungan dari kami , walaupun sebelum ini ..suasana tak seteruk hari ini ..
Ingat sikit .. cuaca sekarang ni panas , so invest la skit dengan letak kipas yg besar besar dan banyakkan kipas ..supaya Kafe ni tak jadi pilihan TERAKHIR pelanggan untuk makan ..
Frankly .. kami rasa tak berbaloi untuk bayar dan makan dalam suasana yg AMAT TAK SELESA 😡
LikeLike