ASMAUL HUSNA – AL-’AFUWW (Yang Maha Pemaaf)

Asmaul Husna yang ke-82 ialah Al-’Afuww yang membawa makna Tuhan yang Maha Pengampun dosa hamba-Nya. Walau sebanyak mana dosa seseorang sekiranya dia bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT yang bersifat Al-Ghafur, nescaya akan diampuni. Kecuali dosa syirik dan juga dosa sesama manusia.

Oleh kerana Allah SWT bersifat Maha Pengampun, begitu juga sebaliknya manusia sesama manusia mestilah mempunyai sifat pemaaf. Jika orang bersalah terhadap kita hendaklah dimaafkan, sebaliknya jika kita bersalah dengan orang lain maka segeralah meminta maaf. Jangan disimpan dalam hati sehingga dibawa mati, kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa sesama manusia kecuali manusia itu sendiri yang mencari penyelesaian sesama mereka. Jika tidak, dosa sesama manusia akan menjadi halangan yang besar di akhirat untuk mendapat keampunan Allah SWT.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑