Hadis 1 – Pahala Amal Bergantung Niat
Dalam hadis ini disebutkan kalimah “Diterima amal perbuatan itu bergantung pada niatnya.” Amal di sini ialah semua jenis amal yang dibenarkan syariat. Lantas, segala jenis amal yang dibenarkan syariat yang dilakukan tanpa niat, menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama. Misalnya wuduk, mandi wajib, tayamum, solat, zakat, puasa, haji, iktikaf dan ibadah-ibadah lain.
Hadis 2 – Iman, Islam & Ihsan
Daripada hadis ini dapat difahami bahawa “Islam” dan “iman” ialah dua hal yang berbeza, baik secara bahasa mahupun syariat. Inilah pengertian asal daripada dua istilah tersebut. Namun begitu, dalam pengertian syariat istilah “Islam” terkadang dipakai dengan makna “iman” atau sebaliknya.
Hadis 3 – Rukun Islam Yang Lima
Rasulullah SAW menyamakan Islam dengan bangunan yang kukuh dan tegak di atas tiang-tiang yang mantap.
Hadis 4 – Tahap Penciptaan Manusia, Ketentuan & Kesudahannya
Hadis Keempat ini menceritakan tentang tahap penciptaan manusia, ketentuan nasibnya di dunia ini dan kesudahannya. “Segala amal perbuatan itu perhitungannya bergantung pada amal terakhirnya.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6607)
Hadis 5 – Amalan Yang Tertolak
Hadis ini dengan tegas menolak setiap perkara bidaah dan setiap perkara (dalam urusan agama) yang direka dan diada-adakan. Sebahagian ahli usul fiqah menjadikan hadis ini sebagai dasar kaedah bahawa setiap yang terlarang dinyatakan sebagai hal yang merosakkan.
Hadis 6 – Yang Halal & Yang Haram
Perkara yang halal dan yang haram dalam syariat amat jelas.
Hadis 7 – Agama Itu Nasihat
Kalimah “agama itu nasihat” atau “agama ialah nasihat” bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang dan penyokong agama.
Hadis 8 – Kehormatan Seorang Muslim
Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Saya diutus untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad ialah utusan Allah, mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka mengerjakan hal itu, bererti mereka telah menjaga darah dan hartanya daripadaku, kecuali menurut hukum Islam, dan perhitungan amal mereka terserah kepada Allah (Riwayat al-Bukhari no. 25 dan Muslim no. 22)
Hadis 9 – Pilih Yang Mudah & Tinggalkan Yang Susah
Jangan membanyakkan pertanyaan atau soalan tentang perkara yang belum pernah terjadi, yang sukar difahami dan yang menimbulkan masalah yang menyulitkan serta menyempitkan hukum agama.
Hadis 10 – Baik dan Halal Syarat Doa Diterima
Hadis ini merupakan salah satu dasar dan landasan pembinaan hukum Islam. Hadis ini berisi anjuran membelanjakan sebahagian daripada harta yang halal dan melarang membelanjakan harta yang haram. Makanan, minuman, pakaian, dan sebagainya hendaknya benar-benar diperoleh daripada sumber yang halal tanpa bercampur yang syubhah.
Leave a comment