15. ASMAUL HUSNA – AL-GHAFFAR (Yang Maha Pengampun)

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (An-Nisaa' 4:148) Kerja mendedahkan perkara-perkara keji adalah penyumbang utama kepada keruntuhan akhlak generasi muda masa kini dan masa depan.

Doa Dari Perut Paus oleh Nabi Yunus AS

Nabi Yunus AS telah ditakdirkan ditelan ikan paus dan berada di dalam perut ikan tersebut dalam suatu jangkamasa. Ketika beliau berada di dalam gelap gelita perut ikan ditambah dengan gelap gelita lautan dalam, Nabi Yunus AS telah berzikir memohon keampunan daripada Allah SWT dengan melafazkan doa ini.

Doa Memohon Zuriat Yang Baik

Doa ini ialah doa yang telah dipanjat kepada Allah SWT oleh Nabi Zakaria AS yang meminta Allah SWT mengurniakan beliau zuriat keturunan. Walaupun umur beliau sudah begitu lanjut dan isterinya pula mandul, Nabi Zakaria AS tidak pernah putus-putus bergantung harap dan berdoa kepada-Nya. Dan akhirnya Allah SWT membawa berita gembira apabila Nabi Zakaria AS dikurniakan Nabi Yahya AS, seorang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Selawat Ibrahimiyah

Selawat Ibrahimiyah adalah antara selawat yang paling afdhal dibaca oleh umat Islam. Inilah bacaan yang dibaca oleh umat Islam dalam tahiyyat akhir di dalam solat.

Doa Ketika Bersin

Imam Ibnu Hajar menaqalkan pandangan Khattabi dengan menyebut bahawa maksud Allah SWT menyukai orang yang bersin kerana bersin dapat meringankan badan dan membuka liang-liang roma.

Blog at WordPress.com.

Up ↑