Kerana kecewa dengan umatnya yang tidak mahu beriman kepada Allah SWT, Nabi Yunus AS telah bertekad untuk meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Allah SWT.
Dalam tafsir Imam Ibnu Kathir, tercatat kisah Nabi Yunus AS ditelan ikan paus. Nabi Yunus AS menaiki kapal bersama kaumnya. Perahu itu dilanda ribut dan mereka semua takut kapal mereka akan karam lalu mereka membuat undian siapa yang akan dilemparkan ke laut untuk mengurangkan beban mereka dan Nabi Yunus AS dipilih. Mereka enggan melemparkannya dan membuat undian lagi. Sekali lagi Nabi Yunus AS dipetik dan mereka enggan melemparkannya. Dan mereka membuat undian sekali lagi tetapi masih untuk kali ketiga Nabi Yunus AS dipilih. (Lihat Tafsir Ibn Kathir, 321/5)
Dan Nabi Yunus AS telah ditakdirkan ditelan ikan paus dan berada di dalam perut ikan tersebut dalam suatu jangkamasa. Ketika beliau berada di dalam gelap gelita perut ikan ditambah dengan gelap gelita lautan dalam, Nabi Yunus AS telah berzikir memohon keampunan daripada Allah SWT dengan doa di atas. Akhirnya Allah SWT mengabulkan doa beliau dengan menyelamatkannya ke daratan.
Doa ini sering disarankan dibaca di dalam solat taubat, dan boleh juga dijadikan tambahan kepada zikir harian, insyaAllah.
Semoga kita semua sentiasa berusaha untuk memohon keampunan Allah SWT ke atas dosa-dosa yang kita lakukan, dan semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita semua. Amin.
Bacaan: Istighfar of the Prophet Jonah
Leave a Reply