Peminat Bakar & BBQ, ambil perhatian! Hanya untuk satu petang sahaja, anda berpeluang menikmati kelazatan hidangan ikan bakar, ayam golek, daging brisket dan ribs, dan banyak lagi, yang cukup mengiurkan, semuanya di satu lokasi!

Beard Brothers, Pitboy BBQ, Ayam Mashwi Gombak, Cowboys Barbeque dan Ikan Bakar Seri Melaka Jalan Bellamy, bakal bergabung untuk satu petang yang penuh keenakan pada 16 Julai ini (Sabtu), dari jam 5 petang hingga 11 malam di TEMU Weekends x Night Nomad Market KL, Muzium Telekom, Kuala Lumpur. Acara ini merupakan yang keempat dalam siri FriedChillies Makan Best Series. Ayuh, sebarkan!
Leave a Reply