Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk “Patuhi Syariat Jauhi Maksiat” bersempena dengan Kempen Pencegahan Jenayah Syariah 2022.
Sebelum itu, mimbar mengingatkan agar jemaah sekalian dapat menumpukan perhatian kepada khutbah yang akan disampaikan, matikan telefon bimbit dan janganlah berbual-bual atau tidur. Mimbar juga mengingatkan kepada anak-anak dan pelajar-pelajar sekolah supaya tidak bermain dan membuat bising ketika khatib sedang berkhutbah. Semoga kita semua mendapat manfaat melalui bicara mimbar pada hari ini.
Sidang Jemaah yang berbahagia,
Allah SWT memerintahkan kita agar saling mengajak kepada melakukan perkara-perkara yang makruf dan saling mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat 71 yang dibacakan tadi, bermaksud:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Usaha dan tanggungjawab mengajak kepada melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah suatu tugas dan amanah yang sangat besar. Ia tidak mampu untuk dilaksanakan secara berseorangan, sebaliknya ia mestilah menjadi tanggungjawab kita bersama. Tujuannya adalah untuk mencapai maqasid as-Syariah iaitu memelihara agama, akal, nyawa, harta dan keturunan. Mencegah kemungkaran, kemudaratan dan menghalang kemaksiatan daripada berlaku dalam masyarakat adalah suatu tuntutan, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Said al-Khudri Radiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat akan kemungkaran maka hendaklah dia mengubah (yakni menghalang) dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya (perkataan), sekiranya dia masih tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Seiring dengan kepesatan dan kecanggihan teknologi, perlakuan jenayah yang melibatkan kesalahan jenayah Syariah seperti minum arak, perjudian, khalwat, pemakaian tidak sopan dan senonoh, zina dan sebagainya sangat memberi kesan kepada pembangunan institusi keluarga dan masyarakat. Inilah cabaran besar kita dalam melaksanakan nahi mungkar di zaman ini.
Sememangnya pengaruh negatif melalui media sosial yang banyak dalam memaparkan budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam telah memberi kesan yang buruk. Bahkan, kemasukan filem-filem yang mengandungi unsur-unsur ganas, seks bebas, gejala sosial, percampuran bebas, dadah, gengsterisme dan sebagainya dibimbangi telah merosakkan pemikiran dan sahsiah anak-anak muda.
Kita akui bahawa pihak berkuasa agama khususnya pegawai penguatkuasa agama tidak pernah alpa untuk memastikan umat Islam tidak terlibat dengan perlakuan jenayah syariah terutama dalam kalangan anak-anak muda. Di samping pelbagai pendekatan dakwah melalui kerjasama pelbagai pihak dalam usaha memberi kesedaran terhadap perkara ini telah dilaksanakan, namun dilihat masih belum mencukupi.
Di sinilah perlunya peranan kita sebagai umat Islam yang mempunyai tanggungjawab sebagai ketua keluarga, suami, bapa, ketua komuniti, guru, jiran, sahabat dan lain-lain. Kita perlu menerapkan agenda amar makruf nahi mungkar supaya masyarakat tidak terjebak dengan perlakuan-perlakuan yang bertentangan dengan syariat Islam.
Istilah “tidak mahu menjaga tepi kain orang” sudah tidak sesuai lagi terutamanya hal yang melibatkan kemungkaran dan kemaksiatan. Kita tidak boleh lagi berdiam diri dengan menyembunyikan kejahatan yang berlaku di sekeliling kita, sehingga mendatangkan kerosakan dan menggugat keharmonian masyarakat. Ketahuilah sifat menyembunyikan kejahatan orang lain yang boleh memberi mudarat dan mafsadah (kerosakan) dalam kehidupan masyarakat adalah suatu dosa yang ditegah oleh Islam. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Ali bin Abi Talib Radiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Allah melaknat sesiapa yang memelihara orang yang melakukan kejahatan”.
Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan bermula dengan pihak kerajaan sehinggalah setiap individu yang menjadi entiti dalam masyarakat. Kemasukan pengaruh-pengaruh budaya asing yang negatif mesti dicegah terutama pengaruh melalui filem-filem yang disiarkan. Pembuat filem tanah air mesti berusaha untuk menghasilkan karya-karya positif dan selari dengan syariat seperti yang boleh menaikkan semangat kebangsaan dan keagamaan. Ibu bapa juga mesti mengawal kegiatan anak-anak di media sosial dan pastikan mereka tidak terdedah dengan unsur-unsur negatif yang boleh merencatkan pembinaan sahsiah mereka.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Sempena Kempen Pencegahan Jenayah Syariah 2022 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bermula pada 18 hingga 22 Julai 2022, beberapa objektif telah disasarkan iaitu:
Pertama: Mendekatkan masyarakat dengan sistem perundangan Islam di Malaysia.
Kedua: Meningkatkan pengetahuan dan membudayakan sikap cakna masyarakat terhadap pencegahan perlakuan jenayah Syariah di dalam komuniti.
Ketiga: Membantu mengurangkan perlakuan jenayah Syariah melalui pendidikan dan pencegahan yang berterusan oleh agensi penguat kuasa agama.
Kempen Pencegahan Jenayah Syariah 2022 juga adalah inisiatif JAKIM di bawah Pelan Strategik Hal Ehwal Islam bagi mencapai kesejahteraan sosial Keluarga Malaysia melalui nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Pada kesempatan ini juga, bersempena denga sambutan 100 tahun penubuhan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 21 Julai 2022, khatib mengajak kepada semua hadirin agar sama-sama kita membantu jabatan ini dalam aspek keselamatan negara yang melibatkan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Sesungguhnya besar amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh Jabatan Imigresen Negara terutama dalam aspek memelihara keselamatan di pintu-pintu sempadan negara bahkan ia juga termasuk dalam semua aspek maqasid as-Syariah terutama memelihara nyawa dan harta.
Kecekapan, kesiapsiagaan, keberanian dan keupayaan menguasai teknologi seiring dengan kemajuan dunia mestilah dipertingkatkan kerana merekalah yang menjadi penjaga pintu masuk dan keluar negara ini. Justeru, mimbar mengharapkan agar semua warga Jabatan Imigresen Malaysia dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan integriti kerana betapa pentingnya tugas mereka umpama menjaga nyawa negara yang tercinta ini.
Sebagai warganegara, kita hendaklah berperanan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa bagi menyalurkan maklumat berkaitan salah laku warga asing dan PATI yang berada di persekitaran tempat tinggal dan komuniti kita. Sesungguhnya, tanpa kerjasama yang padu daripada semua pihak, usaha mengawal selia pintu keluar masuk negara akan terjejas dan kawalan sempadan negara menjadi mudah lolos dan dibolosi sekali gus menjadi ancaman besar kepada keselamatan dan kemakmuran negara. Kita mendoakan agar negara kita sentiasa di bawah pemeliharaan Allah SWT.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:
Pertama: Allah SWT memerintahkan agar umat Islam saling mengajak kepada perkara makruf dan saling mencegah daripada melakukan perkara mungkar.
Kedua: Kita perlu menerapkan agenda amar makruh nahi munkar supaya masyarakat tidak terjebak dengan perlakuan-perlakuan yang bertentangan dengan syariat Islam.
Ketiga: Jadilah mata dan telinga pihak berkuasa agama dengan cara menyalurkan maklumat terhadap sesuatu salah laku yang melibatkan kesalahan jenayah syariah.
Marilah bersama kita hayati firman Allah SWT di dalam surah Ali ‘Imran, ayat 104 yang bermaksud : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang berjaya.”

Khutbah Jumaat Patuhi Syariat Jauhi Maksiat

Tarikh Dibaca: 22 Zulhijjah 1443H/ 22 Julai 2022M
Disediakan oleh : Cawangan Khutbah & Latihan Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Gambar: Masjid Putra, Putrajaya
Leave a Reply