2. ASMAUL HUSNA – AR-RAHMAN (Yang Maha Pemurah)

Kasih sayang Allah SWT itu maha luas, dan tidak terbanding dengan kasih sayang yang ada dalam diri manusia. Salah satu nama Allah ialah Ar-Rahman yang membuktikan bahawa Allah SWT itu amat luas kasih sayang-Nya kepada makhluk yang diciptakannya, termasuklah manusia. Rasulullah SAW telah dinisbahkan sebagai kekasih Allah SWT. Hatta, telah disediakan syurga untuk mereka mendapat kasih sayang Allah SWT sebagai pembalasan abadi.

LENSA MYMUSLIMIN – Masjid Seribu Doa @ Masjid Al-Khairiah, Pulau Pangkor

Kali ini Lensa Mymuslimin merakamkan keindahan Masjid Al-Khairiah atau dikenali sebagai Masjid Seribu Doa yang terletak di Pulau Pangkor. Masjid ini dibina di kawasan yang dihuni penduduk cina, lantas masjid ini dihias bermotifkan oriental, mengambil merah sebagai warna utama. Setiap sudut yang dilihat di masjid ini terdapat seribu doa yang diambil daripada ayat-ayat suci Al-Quran, hadis Rasulullah SAW dan juga doa daripada ulama muktabar. Asmaul Husna di tiang masjid ini pula ditulis dalam kaligrafi cina yang ringkas tetapi sangat menarik.

Daily Sunnah – Take Good Care of Daughters

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Barangsiapa memiliki tiga orang anak perempuan, lalu dia bersabar dalam menghadapinya serta memberikan pakaian kepadanya dari hasil usahanya, maka anak-anak itu akan menjadi dinding pemisah baginya dari siksa Neraka.” (HR: Al-Bukhari)

Mencari Roti Canai Pelangi di Kuala Selangor

Mencari sarapan pagi sehingga ke Kuala Selangor memang kedengaran sedikit keterlaluan terutama kepada kepada orang Lembah Klang, tetapi kalau apa yang ditawarkan premis ini memuaskan hati, apa salahnya! Meriahkan hujung minggu anda dengan pilihan roti canai yang pelbagai daripada Warung Dimyati Roti Canai Pelangi yang terletak di Kampung Sungai Yu di Kuala Selangor.

Daily Sunnah – Doa Masuk Pasar(aya)

Masuk pasar atau pasaraya juga ada adabnya di dalam Islam supaya kita memperoleh ganjaran yang ditawarkan. Elakkan daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh syarak seperti penipuan dalam jual beli, riba, lagha, lalai dari mengingati, dan seumpama dengannya. Semoga semua kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

1. ASMAUL HUSNA – Allah

Allah Jalla Jalalah adalah nama bagi suatu Zat yang mesti ada, yang mengadakan sesuatu yang sebelumnya tiada. Wujudnya tanpa permulaan dan tanpa kesudahan. Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung, kewujudanNya adalah abadi.

ASMAUL HUSNA

Asmaul Husna merupakan kumpulan 99 nama Allah SWT yang terbaik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. mymuslimin akan membawakan Siri Asmaul Husna agar kita lebih mengenali dan memahami sifat Allah Jalla Jalalah.

KELAB BUKU – Al-Ghazali on the Ninety-Nine Beautiful Names of God

In this work, here presented in a complete English edition for the first time, the problem of knowing God is confronted in an original and stimulating way. Taking up the Prophet's teaching that 'Ninety-nine Beautiful Names' are truly predicated of God, Ghazali explores the meaning and resonance of each of these divine names, and reveals the functions they perform both in the cosmos and in the soul of the spiritual adept.

Blog at WordPress.com.

Up ↑