ASMAUL HUSNA – AL-WAKIL (Yang Maha Mengurusi)

Asmaul Husna yang ke-53 ialah Al-Wakil bermaksud Tuhan sebagai wakil. Maksudnya, apapun yang dilakukan oleh manusia, sudah pasti hanya kepada Allah SWT sahaja tempat menyerahkan segala pekerjaan itu. 

Contohnya seorang bapa menyerahkan urusan menikahkan anak perempuannya kepada kadi, maka kerja menikahkan anak perempuan itu sudah diserahkan kepada kadi. Orang lain tidak layak menjadi wakil wali, melainkan kadi yang telah diwakilkan.

Justeru, Allah SWT yang menamakan diri-Nya Al-Wakil itu bererti Dialah yang mengambil semua tanggungjawab terhadap hamba-Nya. Allah SWT sebenar-benarnya tempat manusia bertawakkal. 

Sebagaimana Allah SWT bersifat Al-Wakil maka orang-orang yang beriman juga hendaklah mempersiapkan diri untuk menjadi sandaran orang ramai meletakkan harapan mereka. Orang yang hendak menjadi tumpuan orang ramai mestilah berilmu, berakhlak mulia, pemurah dan seumpamanya. Dengan ilmu yang dimiliki, akan memberikan manfaat kepada ahli masyarakat menimba ilmu.

Begitu juga dalam perkara lain yang melibatkan susah senang masyarakat. Walaupun tidak semua bantuan dapat diberikan kepada orang ramai, tetapi sekurang-kurangnya pandangan dan nasihat dapat diberikan bagi meringankan beban fikiran yang ditanggung. Semua perkhidmatan dan bantuan yang dilakukan itu berpadanan sebagai hamba Tuhan yang bersifat Al-Wakil. 

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: