Nasi Lemak Tanglin, 75 Tahun Menjamu Warga Kota

Nasi Lemak Tanglin memang tidak asing bagi warga kota yang menggemari nasi lemak. Masakan mungkin restoran ini mampu bertahan 75 tahun seandainya nasi lemak yang dihidangkan mereka biasa-biasa sahaja.

Terletak di gerai No 6,  Kompleks Makan Tanglin berhadapan Klinik Kesihatan Tanglin, kedai nasi lemak ini tidaklah kelihatan istimewa tetapi jika anda berkunjung ketika hujung minggu, barisannya boleh sampai ke jalan besar!

Tempat duduk di hadapan restoran agak terhad tetapi di bahagian belakang restoran terdapat banyak lagi tempat duduk.

Nasi Lemak Tanglin menawarkan nasi lemak biasa ke nasi lemak beraneka lauk mengikut selera pelanggan. Harga bermula daripada RM2.50 untuk nasi lemak biasa, nasi lemak lauk telur sekitar RM4 lebih, nasi lemak lauk ayam (RM8.50), nasi lemak lauk ayam rendang  (RM9.50), lauk-lauk lain boleh ditambah seperti paru goreng (RM6), limpa (RM6), sotong (RM6), telur (RM6), bergedil (RM1). Sistem pembelian di sini ialah pilih, kira dan bayar.

Sambal Nasi Lemak Tanglin istimewa kerana rasanya yang lain daripada sambal nasi lemak yang lain. Ianya pekat, tidak begitu pedas, tidak manis, tidak juga masin, sukar untuk digambarkan rasanya tetapi apabila dicampur dengan nasi lemak, semuanya menjadi sedap. 

Mungkin mereka yang tidak biasa akan mempunyai pendapat berbeza tetapi percayalah, tiba-tiba nanti terasa rindu nak pekena Nasi Lemak Tanglin!

Suasana di sini sering meriah dengan kehadiran peniaga-peniaga kecil yang menjual beraneka barangan seperti tuala, kekacang, madu, jeruk, jus buah-buahan. Tambahan, nyanyian band ‘orang-orang veteran’ pada hujung minggu dan beberapa buskers pada hari bekerja, menambah kemeriahan suasana.

Nasi Lemak Tanglin
Kompleks Makan Tanglin, Gerai, No. 6, Jalan Cenderasari, Wilayah Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur,

Buka setiap hari 7 pagi – 1230 tengahari

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: