Ayuh Lelaki, Perkasakan Diri! Majalah dwi-bahasa yang membawa pengisian yang merangkumi tip dan panduan amalan, ilmu agama, renungan harian, isu keluarga, perhubungan, jalan dan makan, kerjaya, serta gaya hidup.
Punt ialah sejenis bot panjang, panjang dan sempit berdasar rata, segi empat sama di kedua-dua hujungnya dan digerakkan dengan palang panjang yang ditusuk ke dasar sungai. Punt digunakan di sungai-sungai di kawasan perkampungan terutamanya untuk tujuan rekreasi. Punt bukan sahaja terdapat di Cambridge, tetapi juga ditawarkan di Oxford, Canterbury dan Kent di United Kingdom.
Ketika berkunjung ke Universiti Cambridge baru-baru ini, kami berkesempatan untuk mengikuti aktiviti bot punt menelusuri sungai Cambridge dan menyaksikan bangunan-bangunan unik universiti dari sungai. Oleh kerana kami pembeli tiket pertama, penjual memberi potongan harga yang banyak, dan kami disyorkan untuk mula punt di petang hari sekitar pukul 4-5 petang.
Bersuhu sekitar 6°C, kami memulakan aktiviti punt sekitar pukul 5 petang dan matahari pun sudah mula terbenam. Mari saksikan gambar-gambar yang kami rakamkan ketika berpunting di sungai Cambridge.
Senja di sungai Cambridge
Reka bentuk Jerwood Library, Trinity Hall ini telah memenangi Anugerah Amanah Sivik dan Anugerah David Urwin untuk Pemuliharaan.
Magdalene College di Cambridge, sebutan Maudlyn (Modlin), bukan Mag-da-lin
Sisi St John’s College dari sungai
St. John’s College sisi hadapan
Perpustakaan Magdalene College
Palang panjang ini digunakan untuk menggerakkan bot punt
Kitchen Bridge, jambatan ini dihasilkan daripada satu blok batu kapur, diukir untuk memberikan rupa batu-batu yang dicantum.
Cambrigde QuaySide, pusat tarikan pengunjung yang menawarkan restoran dan tempat membeli-belah
Satu pengalaman yang indah menelusuri sungai tatkala matahari terbenam
Sebahagian daripada King’s College
Mathematical Bridge, jambatan ini dibina dengan kayu lurus sepenuhnya, walaupun mengekalkan bentuk melengkung.
Pokok Willow atau Pokok Janda Merana. Menurut pembawa bot, pada satu ketika dahulu, pokok ini dahulu dipercayai sebagai penjelmaan semula ahli sihir dan telah banyak dihapuskan. Namun sekarang ia menjadi penyeri di sepanjang sungai Cambridge.
Leave a Reply