Manusia Pada Akhir Zaman Mengejar Dunia Dengan Agama

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA yang bermaksud: Daripada Nabi SAW Baginda bersabda,

“Sesungguhnya Allah SWT berfirman, ‘Sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia yang lidah-lidah mereka lebih manis daripada madu dan hati-hati mereka lebih pahit daripada tumbuhan aloe. Maka Aku bersumpah dengan zat-Ku bahawa Aku pasti akan menimpakan ke atas mereka suatu ujian yang akan membiarkan orang yang lemah lembut (alim dan soleh) dalam kalangan mereka berada dalam keadaan hairan (dan tidak mampu menolak dan lari daripada ujian tersebut). Adakah mereka tidak takut dengan-Ku (kemurkaan dan azab-Ku)? Atau ke atas-Ku mereka berani (membohongi manusia dengan berpura-pura melakukan amal soleh)?””

(HR al-Tirmizi)

Pengajaran

  • Perbuatan menjual agama untuk mendapatkan keuntungan dunia yang menyerupai sikap golongan ahli kitab terdahulu yang ingkar sangat dimurkai oleh Allah SWT.
  • Perbuatan ini tidak menimbulkan keikhlasan dalam hati tetapi hanya melakukan suatu amalan bertujuan riyak dan sum’ah (sifat suka kepada amalan kebaikan didengar orang, dan suka mendengar pujian dari orang akan amalannya itu.)
  • Golongan yang melakukan perkara sedemikian akan mendapati amalan mereka sia-sia di akhirat kelak, bahkan menerima balasan yang buruk daripada Allah SWT.

Sumber: Hadis Qudsi oleh Muhammad Yusuf A Kadir

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: