Keutamaan Bulan Ramadhan

Allah s.w.t. berfirman:

تأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya diwajibkan kepada kamu untuk berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu.”

(Al-Baqarah 2:183)

Sa’id ibn Jubair r.a. berkata bahawa orang-orang sebelum kita telah diwajibkan berpuasa bermula dari malam sampai malam berikutnya, sebagaimana yang terjadi saat datang agama Islam.

Ulama berpendapat bahawa puasa pun diwajibkan kepada kaum Nasrani. Mereka ada kalanya berpuasa pada musim panas atau musim sejuk. Ini sangat menyusahkan mereka jika sedang bepergian (bermusafir) dan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Lalu para pemimpin mereka bermusyawarah untuk menjadikan puasa mereka di antara musim panas dan musim sejuk, iaitu pada musim bunga.

Kemudian mereka menambah waktu puasanya selama sepuluh hari sebagai balasan atas keputusan yang mereka ambil. Namun, raja mereka berasa keberatan. Lantas Allah memberi balasan atas keberatannya itu dengan mengharuskan menambah puasa mereka selama seminggu. Ketika raja itu mati lalu diganti oleh raja yang baru, ia berkata kepada rakyatnya: “Sempurnakan puasa kamu selama lima puluh hari.”

Lalu mereka ditimpa musibah yang menyebabkan matinya binatang ternak. Raja itu berkata lagi: “Tambahkan puasa sepuluh hari lagi.”

Diceritakan, setelah itu mereka menambahnya sepuluh hari lagi. Dikisahkan pula bahawa tidak berlalu setiap umat kecuali mereka diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan, hanya saja mereka mensia-siakannya.

Al-Baghawi mengatakan bahawa Ramadhan berasal dari kata ramadha yang ertinya panas. Sebab, mereka berpuasa pada musim panas. Kebiasaan orang Arab adalah menamakan bulan-bulan disesuaikan dengan keadaan yang sedang mereka alami. Oleh itu, Ramadhan dinamakan demikian kerana bulan itu membakar dosa. 

Berpuasa diwajibkan pada tahun kedua hijrah, bertepatan dengan waktu diwajibkannya berjihad bagi kaum muslim. Mengenai keutamaan bulan Ramadhan banyak dikemukakan dalam hadith-hadith Nabi s.a.w.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Jika datang malam pertama bulan Ramadhan, dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka. Lalu Allah memerintahkan malaikat untuk menyampaikan seruan, Wahai orang-orang yang mencari kebaikan, menghadaplah pada malam ini. Hai orang-orang yang melakukan kejahatan, hentikanlah perbuatan kamu. Siapa yang memohon keampunan, akan diampuni dosa-dosanya. Siapa yang meminta, akan dikabulkan permintaannya. Siapa yang bertaubat, akan diterima taubatnya.’ Begitulah setiap malam sampai terbit fajar. Lalu, pada malam Idul Fitri, Allah membebaskan ribuan hamba-Nya yang seharusnya mendapat azab.”

Salman al-Farisi r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. berkhutbah pada akhir bulan Sya’ban:

“Wahai umat manusia, telah datang bulan agung kepada kamu. Di dalamnya terdapat Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan. Allah menjadikan puasa pada bulan itu sebagai kewajipan dan menganjurkan mendirikan solat pada malam harinya. Barangsiapa yang melakukan kebaikan, akan dinilai seperti orang yang melaksanakan ibadat wajib.  Barangsiapa yang melaksanakan ibadat wajib, akan dinilai seperti orang yang melaksanakan tujuh  puluh kali melaksanakan ibadat wajib di luar bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran; balasan atas kesabaran adalah syurga. Bulan Ramadhan adalah bulan bertambahnya rezeki orang mukmin. Barangsiapa memberi  makan orang yang berbuka, ia mendapat pahala seperti orang yang memerdekakan hamba dan diampuni dosa-doanya.” 

Baginda ditanya: “Ya Rasulullah, bagaimana jika kami tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berbuka?”

“Allah hanya akan memberikan pahala kepada orang memberi makan orang yang berbuka. Susu yang diminum atau buah kurma yang dimakan orang yang berbuka adalah penghapus dosa pemberinya. Allah akan memberinya minum dari telaga-Nya sehingga ia tidak akan terasa haus untuk selama-lamanya. Dia pun akan mendapat pahala orang yang berbuka itu tanpa mengurangkan pahala orang itu. Bulan Ramadhan adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghabisannya adalah pembebasan dari api neraka. Barangsiapa yang dapat meringankan barang bawaannya dengan bersedekah, Allah akan membebaskannya dari api neraka. Perbanyakkanlah empat hal dalam bulan ini, iaitu memohon keredhaan Tuhan dan syurga, serta memohon perlindungan dari murka Tuhan dan neraka,” jawab Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan keredhaan Allah, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.”

Selanjutnya baginda bersabda: “Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa adalah ibadah yang dikhususkan untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”

Demikian pula baginda pernah bersabda: “Umatku diberi lima perkara dalam bulan Ramadhan yang tidak diberikan kepada umat sebelum mereka, iaitu: bau mulutnya orang yang berpuasa di hadapan Allah lebih harum daripada minyak wangi; mereka dimohon ampun oleh para malaikat sampai mereka berbuka; mereka dilindungi dari godaan syaitan; Allah menghiasi syurga-Nya dan berfirman yang bermaksud, ‘Engkau akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh’ dan mereka akan diampuni pada malam terakhir bulan Ramadhan.”

Lalu baginda ditanya: “Ya Rasulullah, apakah malam itu Lailatul Qadar?”

“Bukan, tetapi setiap orang yang beramal akan disempurnakan pahalanya,” jawab Rasulullah s.a.w.

Sumber: Mendidik Hati Mendekati Ilahi oleh Imam Al-Ghazali

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: