Nasi Ayam Sedap Di Kedai Makan Nasi Ayam Kee Chup, JB

Walaupun restorannya vintaj dengan dekor zaman 70-80an yang mengembalikan nostalgia seperti kalendar lumba kuda dan poster rokok Dunhill sepaket 7 batang RM1.50, Nasi Ayam Kee Chup ini sebenarnya baru sahaja dibuka sebelum pandemik melanda pada tahun 2019. Berdepan pelbagai cabaran ketika pandemik, sekarang Nasi Ayam Kee Chup dibuka semula dan mendapat sambutan yang cukup hangat daripada penduduk tempatan sehingga viral. Mana tidaknya, baru pukul 1.45 tengahari, semua nasi ayam sudah habis dijual sedangkan ramai pelanggan yang masih menunggu. 

Kedai Makan Nasi Ayam Kee Chup ini halal dan dimiliki oleh orang Muslim.

Apa yang menariknya Nasi Ayam Kee Chup? Jawapannya ialah segala-galanya!! Nasi ayam di sini berperisa, teksturnya lembut dan sedikit berminyak, memang kalau makan nasi sahaja pun dah puas hati. Ayamnya yang ditawarkan hanya satu bahagian sahaja iaitu peha dan drumstick. Semua orang dapat bahagian yang sama. Diperap dengan kicap dan digoreng sempurna, ayam Nasi Ayam Kee Chup lembut dan mengasyikkan bila dimakan.

Tak perlu pilih-pilih bahagian ayam. Satu bahagian untuk semua!

Pelanggan yang makan di kedai boleh ambil sendiri kicap, sup, cili, dan extra salad, tomato dan timun. Cara orang makan nasi ayam berjenis-jenis, ada yang suka cili lebih, ada yang suka kicap lebih, ada yang suka sup lebih, di Nasi Ayam Kee Chup, they leave it up to you.

Silakan ambil ikut suka.

Untuk mereka yang menilai nasi ayam dengan cilinya dan mymuslimin boleh jamin, Nasi Ayam Kee Chup lulus cemerlang. 

Kedai makan Nasi Ayam Kee Chup ini tidaklah seluas mana, tidak sampai sepuluh meja di dalam dan ada beberapa meja lagi di luar restoran. Walaupun ramai pelanggan, masa menunggunya tidaklah begitu lama. Untuk nasi ayam yang begitu lazat, pelanggan tidak kisah menunggu. 

Mymuslimin memberi markah penuh kepada nasi Ayam Kee Chup, Johor Bahru!

Nasi Ayam Kee Chup
24A, Jalan Dato Dalam, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
11pagi – 4petang

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: