ASMAUL HUSNA – AL-MUMIT (Yang Maha Mematikan)

Asmaul Husna yang ke-62 ialah Al-Mumit yang bererti Tuhan yang Mempunyai Kuasa Mematikan setiap makhluk yang bernyawa. Tiada kuasa selain Allah SWT untuk mematikan, kecuali dengan izin-Nya. Oleh kerana mematikan itu adalah hak Allah SWT, maka manusia tidak boleh berbuat demikian kecuali atas sebab-sebab yang diizinkan oleh syariat.

Walaupun manusia pada zahirnya boleh menyebabkan kematian, tetapi sifat Al-Mumit Allah SWT itu tidak sekadar mematikan setiap yang bernyawa, malah Dia juga menghidupkan kembali manusia pada hari Mahsyar di akhirat kelak.

Daripada sifat Tuhan yang Al-Mumit itu boleh diambil iktibar daripadanya iaitu bahawa manusia mempunyai kewajiban mematikan, iaitu membunuh segala runtuhan hawa nafsu yang sering mengajak manusia melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan kehendak Allah SWT. 

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: