Asma ul-Husna yang ke-78 ialah Al-Muta'ali bermaksud Tuhan yang Maha Suci atau Tinggi. Yang dimaksudkan dengan Maha Suci ialah Allah SWT terpelihara daripada sebarang kelemahan dan kekurangan.
ASMAUL HUSNA – (AL-WALI) Yang Maha Memerintah
Asmaul-Husna yang ke-77 ialah Al-Wali yang bererti Tuhan itu Maha Memerintah. Oleh itu manusia juga mesti mengambil iktibar sebagai penjaga daripada sifat Allah SWT yang Al-Wali itu terutama terhadap orang-orang di bawah jagaannya yang pelbagai keadaan.
ASMAUL HUSNA – (AL-BATIN) Yang Maha Tersembunyi
Asmaul-Husna yang ke-76 ialah Al-Batin yang bererti Tuhan itu Maha Tersembunyi. Dalam erti kata Dia tidak dapat dikesan oleh pancaindera manusia. Tiada seorang makhluk pun yang dapat melihat Zat Allah SWT atau mengetahui hakikat Zat-Nya.
ASMAUL HUSNA – (ADZ-DZAHIRU) Yang Maha Terang Dan Jelas
Allah SWT, Tuhan Yang Terang dan Jelas. Kejelasan sifat Allah SWT itu ialah daripada Qudrat-Nya menciptakan pelbagai makhluk.
ASMAUL HUSNA – AL-AKHIRU (Yang Maha Akhir)
Dia adalah Zat maha Suci paling awal, maka Dia juga Tuhan Yang Maha Suci, yang terakhir-Nya tanpa titik penyudah.
ASMAUL HUSNA – AL-AWWALU (Yang Maha Awal)
Sesungguhnya awal bagi Allah SWT itu tidak dimulai dengan tiada, ia bererti kewujudan Allah SWT lebih dahulu daripada sekalian makhluk.
ASMAUL HUSNA – AL-MUAKHKHIRU (Yang Maha Mengakhiri)
Manusia juga mesti mengambil iktibar daripada sifat Allah Al-Muakh-khiru itu supaya menolak golongan orang-orang yang membelakangkan hukum dan peraturan Allah SWT serta sunnah nabi-Nya.
ASMAUL HUSNA – AL-MUQADDIMU (Yang Maha Mendahului)
Misalnya, dalam sekumpulan penuntut yang mempelajari dan mendalami ilmu, tetapi hanya seorang daripada mereka yang begitu cepat memahami ilmu yang diajarkan kepadanya. Begitu cepat mengingat segala fakta ilmu sehingga akhirnya dia lebih awal menjadi tokoh ilmuan atau ulama.
ASMAUL HUSNA – AL-MUQTADIRU (Yang Maha Berkuasa Menentukan)
Apa jua kejadian telah ditentukan dan dirancang oleh Allah SWT dalam keadaan yang sempurna dan rapi. Tiada sesuatupun yang dijadikan oleh Allah SWT yang sia-sia, malah semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
ASMAUL HUSNA (AS-SOMADU) – Yang Diharapkan
Asmaul Husna yang ke-68 ialah As-Somadu bererti Tuhan tempat bergantung sekalian makhluk. Dia tidak berhajat kepada yang lain kerana Allah SWT yang menjadikan segala-galanya. Maka itulah sebabnya Dia tidak memerlukan makhluk. Sebaliknya makhluk yang mesti bergantung kepada Allah SWT kerana makhluk itu lemah dan serba kekurangan.
ASMAUL HUSNA – AL-MAJIDU (Yang Maha Tinggi Kemuliaannya)
Asmaul Husna yang ke-66 ialah Al-Majidu yang bermaksud Tuhan Yang Berkemuliaan atau Tuhan Berkebesaran. Oleh kerana Allah itu Berkemuliaan atau Berkebesaran, maka manusia sebagai hamba-Nya mestilah berusaha untuk mendapatkan kesempurnaan.
ASMAUL HUSNA – AL-WAJIDU (Yang Maha Ada)
Asmaul Husna yang ke 65 ialah Al-Wajidu yang membawa erti Tuhan Yang Maha Ada. Mafhum kepada Maha Ada itu boleh juga diertikan sebagai Tuhan Yang Kaya.
ASMAUL HUSNA – AL-QAIYYUM (Yang Maha Menyara Hidup)
Tiada satu detikpun dari fasa-fasa yang dilalui oleh manusia melainkan dalam penjagaan atau pengawasan Allah SWT.
ASMAUL HUSNA – AL-HAIYYU (Yang Maha Hidup)
Orang-orang yang beriman sewajarnya mengambil iktibar daripada sifat Tuhan Yang Hidup itu. Mereka mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan rohaniah dan juga jiwanya hidup.
ASMAUL HUSNA – AL-MUMIT (Yang Maha Mematikan)
Asmaul Husna yang ke-62 ialah Al-Mumit yang bererti Tuhan yang Mempunyai Kuasa Mematikan setiap makhluk yang bernyawa. Tiada kuasa selain Allah SWT untuk mematikan, kecuali dengan izin-Nya.
ASMAUL HUSNA – AL-MUHYI (Yang Maha Menghidupkan)
Asmaul Husna yang ke-61 iaitu Al-Muhyi yang bermaksud Tuhan Yang Menghidupkan segala makhluk yang mati. Mudah bagi Allah SWT menghidupkan sesuatu yang mati, sedangkan mengadakan sesuatu yang tidak wujud juga mudah bagi-Nya. Inikan pula sekadar menghidupkan sesuatu yang sudah ada.
ASMAUL HUSNA – AL-MU’IDU (Yang Maha Mengembalikan)
Setiap makhluk mempunyai penyudah iaitu ajal. Di akhirat kelak manusia akan dikembalikan semula oleh Allah SWT kepada kehidupan kedua yang abadi.
ASMAUL HUSNA – AL-MUBDI’ (Yang Maha Memulai)
Asmaul Husna yang ke-59 ialah Al-Mubdi' yang bermaksud Tuhan yang Mula-mula Mencipta Makhluk. Allah SWT mula mencipta makhluk daripada tiada kepada ada, tanpa sebarang contoh ataupun model.
ASMAUL HUSNA – AL-MUHSI (Yang Maha Menghitung)
Orang-orang yang beriman kepada Allah SWT menamakan diri-Nya Al-Muhsi iaitu yang Maha Tahu Menghitung, maka sebagai hamba-Nya sepatutnya mereka berusaha menambahkan ilmu. Bukan sekadar menghitung apa yang mereka tahu, malah berusaha untuk mempelajari ilmu-ilmu yang mereka belum tahu.
ASMAUL HUSNA – AL-HAMID (Yang Maha Terpuji)
Asmaul Husna yang ke 57 ialah Al-Hamid yang bererti Tuhan yang Maha Terpuji bagi Allah SWT hanya mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Justeru tiada ruang bagi makhluk untuk mempertikaikan dan mencari sebarang kekurangan pada sifat Allah SWT yang Maha Sempurna. Semuanya adalah terpuji dan disanjungi. Jika ada makhluk yang cuba mencari sesuatu kelainan untuk dibandingkan dengan Allah SWT, sehingga ia disembah dan ditaati.