Doa Penenang Hati

Hati yang hidup ialah hati yang sentiasa bersih dan suci daripada perbuatan noda dan dosa. Didiklah hati dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, rendah diri, dan zuhud agar hawa nafsu dapat dijinakkan dan dikawal dengan baik. Rawatlah hati dengan zikrullah agar dijauhi penyakit-penyakit hati yang memudharatkan jiwa.

Daily Sunnah – One Face is Enough

Menurut Imam An-Nawawi, orang yang bermuka-muka adalah orang yang datang kepada satu kelompok dengan menampakkan seolah-olah dirinya berada di pihak mereka dengan memburukkan kelompok lain. Tetapi dalam waktu yang sama, dia juga datang kepada kelompok lain dan melakukan hal yang serupa. Janganlah kita menjadi orang yang bermuka dua atas apa niat sekali pun.

Daily Sunnah – Roosters Can See Angels

Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada Allah SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada Allah SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan”. [Riwayat al-Bukhari: 3058]

3. ASMAUL HUSNA – AR-RAHIM (Yang Maha Penyayang)

Ketika Ar-Rahman ialah sifat adil terhadap semua makhluk di dunia ini, tidak membezakan antara orang-orang beriman, mahupun orang-orang kafir yang mengingkari-Nya, sifat Ar-Rahim iaitu Yang Amat Kasihan Belas itu pula eksklusif hanya kepada hamba-Nya yang menyayangi Allah SWT dan mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan-Nya. 

Daily Sunnah – Mixing with People is Better

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Seorang muslim, jika ia bergaul dengan orang lain dan bersabar terhadap gangguan mereka, lebih baik daripada muslim yang tidak bergaul dengan orang lain kerana tidak bersabar terhadap gangguan mereka.” Al-Adab Al-Mufrad 388

Doa Di Dalam Solat

Doa ini disunatkan kepada kita untuk membacanya ketika selesai membaca tahiyyat akhir sebelum daripada salam sepertimana yang disebut di dalam hadith. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara iman kita dan menyelamatkan kita daripada segala fitnah terutamanya fitnah Dajjal. Amin.

2. ASMAUL HUSNA – AR-RAHMAN (Yang Maha Pemurah)

Kasih sayang Allah SWT itu maha luas, dan tidak terbanding dengan kasih sayang yang ada dalam diri manusia. Salah satu nama Allah ialah Ar-Rahman yang membuktikan bahawa Allah SWT itu amat luas kasih sayang-Nya kepada makhluk yang diciptakannya, termasuklah manusia. Rasulullah SAW telah dinisbahkan sebagai kekasih Allah SWT. Hatta, telah disediakan syurga untuk mereka mendapat kasih sayang Allah SWT sebagai pembalasan abadi.

Daily Sunnah – Take Good Care of Daughters

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Barangsiapa memiliki tiga orang anak perempuan, lalu dia bersabar dalam menghadapinya serta memberikan pakaian kepadanya dari hasil usahanya, maka anak-anak itu akan menjadi dinding pemisah baginya dari siksa Neraka.” (HR: Al-Bukhari)

Daily Sunnah – Doa Masuk Pasar(aya)

Masuk pasar atau pasaraya juga ada adabnya di dalam Islam supaya kita memperoleh ganjaran yang ditawarkan. Elakkan daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh syarak seperti penipuan dalam jual beli, riba, lagha, lalai dari mengingati, dan seumpama dengannya. Semoga semua kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

1. ASMAUL HUSNA – Allah

Allah Jalla Jalalah adalah nama bagi suatu Zat yang mesti ada, yang mengadakan sesuatu yang sebelumnya tiada. Wujudnya tanpa permulaan dan tanpa kesudahan. Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung, kewujudanNya adalah abadi.

ASMAUL HUSNA

Asmaul Husna merupakan kumpulan 99 nama Allah SWT yang terbaik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. mymuslimin akan membawakan Siri Asmaul Husna agar kita lebih mengenali dan memahami sifat Allah Jalla Jalalah.

Blog at WordPress.com.

Up ↑