Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 4/2019 yang bersidang pada 27 Jun 2019 bersamaan dengan 23 Syauwal 1440H telah bersetuju memutuskan bahawa:
- Ayat-ayat Al-Quran haram diiringi bacaannya dengan muzik atau dijadikan lirik nyanyian.
- Haram menggunakan matan hadis sebagai lirik nyanyian.
- Menjadikan terjemahan al-Quran atau hadis sebagai lirik nyanyian hukumnya harus dengan syarat menjaga adab-adabnya yang selari dengan syarak
Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Leave a Reply