Syurga dan Tingkatan Penghuninya

Fikirkanlah tentang para penghuni syurga dan wajah mereka yang diliputi kenikmatan. Mereka meneguk minuman yang lazat, duduk-duduk di atas mimbar dari yakut merah (rubi) di dalam khemah dari mutiara putih, bersenang-senang dan makan makanan syurga serta minum dari sungai syurga berupa susu, arak, madu dan air. Lantainya dari perak, kerikilnya marjan, tanahnya kasturi yang sangat wangi dan tumbuhannya za'faran.

Bersabarlah…

Masyarakat telah dihidangkan dengan pelbagai kisah tragis dan sedih akibat hilangnya sifat sabar daripada diri. Walaupun sabar ini dituntut oleh agama, tidak ramai yang mahu memupuk sifat sabar di dalam diri sebaliknya memilih untuk mengikut hati kerana itu lebih mudah (pada pendapat mereka). Bersabarlah…. kerana itu adalah pilihan yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya. 

Bolehkah Digabungkan Niat Puasa Enam & Puasa Ganti Sekali?

Untuk mereka yang meninggalkan puasa di bulan Ramadan sama ada secara sengaja atau atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti haid, sakit dan sebagainya, wajib baginya untuk menggantikan puasa tersebut sesegera mungkin selepas Syawal pertama. Jadi persoalannya, jika seseorang ingin melaksanakan puasa enam di dalam bulan Syawal, bolehkah diniatkan puasa ganti juga secara serentak? Ambil tahu sebelum beramal agar mendapat pahala dan ganjaran yang sempurna, InsyaAllah.

Teks Khutbah Aidilfitri: Merai Kemenangan Meraih Keredaan

Mimbar mengingatkan jemaah untuk mengekalkan nilai-nilai terpuji yang disemai di dalam Ramadan ke dalam Syawal, agar hati dan jiwa sentiasa mengingati Allah SWT, serta mempamerkan akhlak mulia melalui pertuturan dan tingkah laku yang sopan. Jemaah juga digesa mengukuhkan ikatan kekeluargaan denga pulang berhari raya ke rumah ibu bapa dan berkunjung sesama ahli keluarga. Jemaah juga diingatkan agar menjaga adab dan kesopanan ketika ziarah menziarahi agar ia tidak menjadi titik dosa dan sengketa di antara saudara.

Takbir Aidilfitri

Digalakkan untuk kita bersama-sama membaca takbir di masjid-masjid tetapi untuk yang tidak berkesempatan boleh sahaja bertakbir di rumah sendiri. Kaum lelaki dan wanita boleh membaca takbir dan memeriahkan sambutan Hari Raya dengan mengisytiharkan kebesaran Allah SWT.

Blog at WordPress.com.

Up ↑