Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bahaya Ancaman Ateis

Fahaman Ateis bertitik tolak dari kegagalan untuk mengenali Allah SWT sebagai Pencipta alam. Ada yang mendapat sedikit pendedahan tentang agama tetapi kerana tidak menambah ilmu, mereka hanya mengkaji sendiri lalu membuat kesimpulan mudah bahawa Allah SWT, alam ghaib dan akhirat tidak pernah wujud. Fahaman Ateis sangat merbahaya dan fahaman ini terus berkembang sehingga hari ini.  Oleh itu umat Islam hendaklah mempelajari agama Islam dengan sempurna dan tidak berhenti menuntut ilmu dan perlu cakna dengan perkembangan pemikiran menyeleweng terutama dalam media atas talian.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Imam Mahdi: Antara Kebenaran Dan Penyelewengan

Kita perlu mengenal pasti perbezaan antara tanda-tanda yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dengan pengakuan palsu dan karut individu atau kelompok tertentu berhubung dakwaan Imam Mahdi sehingga sanggup membuat takwilan yang tidak berasas dengan mengaitkannya dengan bangsa Melayu serta mentakwilkan hadis sesuka hati untuk menyokong dakwaan yang dikeluarkan, walaupun ianya jelas menyeleweng dari tafsiran muktabar dalam kalangan ulama. 

Teks Khutbah Jumaat (WP): Menjadi Mukmin Berjaya 

Dalam merancang kehidupan dan masa depan yang lebih baik, kita hendaklah menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dan rujukan utama lebih-lebih lagi kita sebagai mukmin beriman bahawa kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara dan jambatan menuju akhirat yang abadi. Khutbah kali ini mengupas ciri-ciri mukmin yang berjaya yang disebut di dalam surah al-Mu’minuun sebagai panduan semua.

Teks Khutbah: Membina Keluarga Sakinah 

Khutbah hari ini menekankan tentang pentingnya umat Islam mengutamakan asas-asas pembentukan masyarakat yang sejahtera, di mana setiap pasangan suami isteri perlu memahami hakikat perkahwinan supaya mereka mampu berperanan dan melaksanakan tanggungjawab dengan membina masyarakat madani yang sempurna.

Blog at WordPress.com.

Up ↑