Kisah Hebat Para Sahabat dalam Garis Hayat al-Rasul SAW karya Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Abu Dujanah R.A merupakan seorang pahlawan Islam yang memiliki keberanian dan kekuatan yang luar biasa. Beliau termasuk dari kalangan generasi Ansar yang awal masuk Islam. Beliau turut terlibat dalam Perang Badar dan Perang Uhud. Dalam Perang Uhud, beliau terkenal sebagai seorang yang setia mempertahankan Rasulullah SAW tatkala pasukan Islam berada dalam keadaan kucar-kacir diserang oleh musuh.

Pada detik-detik yang sangat genting itu, lalu beberapa orang pahlawan Islam berhimpun di sekeliling Rasulullah SAW. 

Antaranya Abu Dujanah, Mus’ab bin Umair, Ali bin Abi Talib, Sahl bin Hunaif, Malik bin Sinan bapa kepada Abu Sa’id al-Khudri, Nusaibah binti Ka’ab yang bergelar Ummu ‘Ammarah, Qatadah bin Nu’man, Umar bin al-Khattab, Hatib bin Abi Balta’ah dan Abu Talhah. 

Ketika serangan musuh semakin hebat sehingga menekan ke kubu umat Islam, maka Abu Dujanah pun segera bertindak untuk membentengi Rasulullah daripada serangan musuh dengan menggunakan belakangnya. Anak panah musuh berpusu-pusu menikam belakangnya, namun beliau tetap tidak menghiraukannya demi melindungi Rasulullah SAW. 

Salah seorang sahabat yang turut bersama Abu Dujanah dalam mempertahankan Rasulullah ketika itu ialah Qatadah bin Nu’man R.A. 

Beliau menceritakan: Ketika Perang Uhud, aku berada di hadapan Rasulullah. Aku jadikan bahagian depan tubuhku sebagai perisai untuk bahagian depan tubuh Baginda SAW. Manakala Abu Dujanah menjaga bahagian belakang Rasulullah SAW, sehinggalah belakangnya dipenuhi dengan anak panah ketika hari Uhud tersebut. 

Begitulah kecintaan para Sahabat terhadap Rasulullah SAW.

Lalu bagaimana pula cinta dan kasih kita terhadap Junjungan kita Nabi Muhammad SAW?

Hayati kisah-kisah para sahabat R.A ini dalam buku terbaru Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Garis Hayat al-Rasul SAW. Buku berkulit tebal 176 halaman ini boleh dibeli di PAUTAN ini.

Dapatkan senaskhah Garis Masa Hayat Al-Rasul SAW di SINI

Tingkatkan kecintaan kita kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW melalui kisah-kisah hidup Baginda SAW. InsyaAllah.

BOLEH BELI DI SINI > KLIK DI SINI

One thought on “Kisah Hebat Para Sahabat dalam Garis Hayat al-Rasul SAW karya Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: