Ibnu Abbas RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW bertanya kepada Iblis, ‘Berapakah kawan yang engkau suka dari umatku?’ Iblis menjawab, Ada sepuluh golongan iaitu:
1. Pemimpin yang zalim.
2. Orang yang sombong.
3. Orang kaya yang tidak peduli dari mana dia mendapat dia mendapat hartanya dan untuk apa dia membelanjakannya.
4. Ulama yang membenarkan kezaliman penguasa.
5. Peniaga yang curang (penipu).
6. Penimbun barang (untuk keperluan orang ramai).
7. Penzina.
8. Pemakan harta riba.
9. Orang bakhil yang tidak peduli dari mana dia mengumpul hartanya.
10. Peminum arak terus-menerus.
Kemudian Rasulullah SAW kembali bertanya kepada Iblis: “Lantas berapa ramaikah musuh-musuhmu dari umatku?’ Iblis menjawab, ‘Musuhku dari umat kamu ada dua puluh golongan iaitu,
1. Pertama ialah engkau wahai Muhammad SAW sebab aku membenci kamu.
2. Ulama yang mengamalkan ilmunya.
3. Penghafal Al-Quran apabila dia mengamalkan kandungannya.
4. Muazin yang melaungkan azan solat lima waktu dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.
5. Orang yang mencintai kaum fakir miskin dan anak yatim.
6. Orang yang hatinya sangat penyayang.
7. Orang yang rendah hati dan mahu menerima kebenaran.
8. Kaum muda yang rajin dalam ketaatan kepada Allah.
9. Orang yang makan dengan cara yang halal.
10. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah.
11. Orang yang selalu menjaga solat secara berjemaah.
12. Orang yang selalu solat malam (tahajud) ketika manusia sedang tidur.
13. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang haram, baik perkataan mahupun perbuatan.
14. Orang yang menasihat saudaranya dalam kebaikan tanpa pilih kasih di dalam hatinya.
15. Orang yang selalu kekal wuduknya.
16. Orang yang dermawan.
17. Orang yang berakhlak baik.
18. Orang yang meyakini bahawa Allah SWT telah menjamin rezekinya.
19. Orang yang berbuat baik kepada janda-janda miskin yang menjaga kehormatan.
20. Orang mahu menyiapkan bekal untuk menghadapi kematian.
Berikut ini beberapa buah hadis yang berkaitan dengan perkara- perkara di atas.
Penguasa yang zalim
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang-orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat kelak dalam rupa semut jantan. Mereka diliputi kehinaan dari segala tempat, lalu digiring masuk ke dalam penjara yang di dalam neraka Jahannam. Bulus, di sana mereka diberi minum ada cairan darah bercampur dengan nanah dari penghuni neraka.”
(HR. Ahmad dan At-Tirmizi)
Ulama yang Membenarkan Kezaliman Penguasa
Tentang para ulama yang membenarkan kezaliman penguasa, Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang berfatwa tanpa didasari ilmu, maka dia akan dilaknat oleh para malaikat langit dan bumi.”
(HR. Ibnu Asakir)
Pengumpul Barang
Rasulullah SAW mengecam pengumpul barang:
“Barang siapa yang mengumpul bahan pangan selama empat puluh hari, maka dia telah melepas diri dari perlindungan Allah dan Allah melepas diri untuk memberinya perlindungan.”
Dalam hadis yang lain, Baginda SAW bersabda:
“Barang siapa yang mengumpul bahan pangan kaum muslim, maka Allah akan menyeksanya dengan penyakit kusta dan bankrap.”
Pelaku Zina
Rasulullah SAW bersabda: tentang empat seksaan yang akan ditimpakan kepada pelaku zina:
“Jauhilah zina sebab itu akan mengakibatkan empat perkara, iaitu menghilangkan kewibawaan wajah, memutus aliran rezeki, menyebabkan Allah murka dan kekal di dalam neraka.”
(HR. At-Thabrani)
Pemakan Harta Riba
Di antara seksaan yang akan dialami pemakan harta riba ialah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya orang yang memakan riba akan diazab sejak dia mati hingga datang hari kiamat dengan berenang di lautan yang airnya berwarna merah darah dan dilempar dengan batu-bata. Setiap kali dilempar dengan seketul batu, dia berenang mengelak, lalu kembali lagi dengan mulut tercungap-cungap, kemudian dilempar lagi dan begitulah seterusnya hingga datang hari kebangkitan.”
Peminum Arak
Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang meminum arak, maka pudarlah cahaya iman dari wajahnya.”
(HR. At-Thabrani)
Menghafal Al-Quran
Di antara keutamaan menghafal Al-Quran juga dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW:
“Para penghafal Al-Quran (yang mengamalkan kandungannya) pada hari kiamat kelak akan menjadi pemimpin penghuni syurga. Para syuhada akan menjadi pemimpin penghuni syurga, sedangkan para Nabi akan menjadi petinggi penghuni syurga.”
Keutamaan Muazin
Tentang keutamaan muazin Rasulullah SAW bersabda:
“Muazin yang ikhlas kerana Allah semata-mata, pahalanya seperti orang yang mati syahid di jalan Allah. Apabila dia mati, di dalam kubur, tubuhnya tidak akan dimakan belatung.”
Mencintai Kaum Fakir Miskin
Rasulullah SAW bersabda tentang keutamaan mencintai kaum fakir miskin:
“Duduk bersama kaum fakir termasuk sifat tawaduk dan termasuk jihad yang paling utama.”
(HR. Ad-Dailami)
Dalam riwayat yang lain, Baginda SAW bersabda:
“Setiap sesuatu ada kuncinya dan kunci syurga ialah cinta kepada kaum miskin dan fakir.”
Keutamaan Solat Tahajud
Di antara keutamaan solat tahajud sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW:
“Dirikanlah solat tahajud meskipun hanya empat rakaat. Dirikan solat tahajud walaupun hanya dua rakaat. Tidaklah ada penghuni rumah yang biasa mengerjakan solat tahajud, melainkan ada malaikat (pada waktu malam) yang menyeru, Kamu hendaklah bangun untuk melaksanakan solat tahajud.”
Keutamaan Menasihat Saudara Dalam Kebaikan
Tentang keutamaan menasihat saudaranya dalam kebaikan.
Bisyr bin Harith berkata: “Aku pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW bertanya kepadaku, ‘Wahai Bisyr, tahukah engkau mengapa Allah meninggikan darjatmu antara kawan-kawanmu?’ Aku menjawab, “Tidak.’ Baginda SAW bersabda, ‘Kerana engkau selalu mengikut sunnahku, berkhidmat kepada orang-orang soleh, menasihati saudara-saudara kamu, juga mencintai sahabat-sahabatku dan ahli baitku. Semua itulah yang menghantar kamu pada kedudukan al-Abrar (orang-orang yang banyak melakukan kebaikan).””
Kewajipan Menjaga Wuduk
Tentang kewajipan menjaga wuduk, Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang berwuduk masih dalam keadaan suci, maka baginya sepuluh pahala kebaikan.”
Menyantuni Janda Miskin
Pahala menyantuni para janda miskin yang menjaga kehormatan sangatlah besar.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang yang menyantuni janda dan orang-orang miskin, pahalanya sama dengan pahala orang yang berjuang di jalan Allah atau seperti orang yang solat sepanjang malam dan berpuasa pada siang harinya.”
Sumber: Nashaihul ‘Ibad oleh Syeikh Nawawi Al-Bantani
Leave a Reply