Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Mengetahui, Maha Pelindung, Maha Mengurusi. Mohonlah daripada-Nya segala yang terbaik untuk hidup kita di sini dan di akhirat.
Doa Ketika Bersin
Imam Ibnu Hajar menaqalkan pandangan Khattabi dengan menyebut bahawa maksud Allah SWT menyukai orang yang bersin kerana bersin dapat meringankan badan dan membuka liang-liang roma.
5 Penyebab Doa Tidak Terkabul
Ketika Ibrahim bin Adham, seorang ulama Salaf terkenal berada di Basrah, Iraq, beberapa orang penduduknya datang bertanya kepadanya kerana beliau dikenali sebagai orang soleh. Kata mereka, Allah SWT telah berfirman dalam Surah Ghafir (40: 60) yang bermaksud “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” Namun, kami telah berdoa tetapi kami tidak terlihat hasilnya, kami tidak melihat doa kami dikabulkan oleh-Nya. Dia menjawab, “Itu kerana hatimu mati”. Allah SWT hanya menyeru orang yang hidup. Ini lima penyebab doa seseorang tidak terkabul menurut Ibrahim bin Adham.
Jangan Letih Berdoa
Umar b. al-Khattab (RA) berkata: "Aku tidak gusar sama ada doa aku akan diterima, tetapi aku risau sama ada aku boleh berdoa atau tidak. Jadi, jika aku telah dibimbing (oleh Allah SWT) untuk berdoa, jadi (aku tahu) bahawa ianya (doa) akan dijawab."
Hujan Yang Turun – Rahmat atau Azab?
Kita di Malaysia ini dikurniakan dengan taburan hujan yang banyak sepanjang tahun. Hujan yang diturunkan ini kadangkalanya ialah rahmat dari yang Maha Esa dan ada kalanya sebagai peringatan kepada kita tentang dosa yang telah kita lakukan. Sebagai orang Islam, kita dituntut untuk berdoa ketika hujan turun agar kita dirahmati oleh-Nya dan dijauhi daripada segala bahaya dan bencana.
Doa Penenang Hati
Hati yang hidup ialah hati yang sentiasa bersih dan suci daripada perbuatan noda dan dosa. Didiklah hati dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, rendah diri, dan zuhud agar hawa nafsu dapat dijinakkan dan dikawal dengan baik. Rawatlah hati dengan zikrullah agar dijauhi penyakit-penyakit hati yang memudharatkan jiwa.
Doa Di Dalam Solat
Doa ini disunatkan kepada kita untuk membacanya ketika selesai membaca tahiyyat akhir sebelum daripada salam sepertimana yang disebut di dalam hadith. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara iman kita dan menyelamatkan kita daripada segala fitnah terutamanya fitnah Dajjal. Amin.
ASMAUL HUSNA
Asmaul Husna merupakan kumpulan 99 nama Allah SWT yang terbaik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. mymuslimin akan membawakan Siri Asmaul Husna agar kita lebih mengenali dan memahami sifat Allah Jalla Jalalah.
Doa Diperelokkan Urusan
Bacalah doa ini setiap hari agar segala urusan kita diserahkan kepada Allah SWT, Al-Wakil, Yang Maha Mengurusi.
Doa-Doa Para Rasul Di Dalam Al-Quran
Terdapat banyak doa-doa Rasul dan Nabi yang disebut di dalam Al-Quran. Mymuslimin menyenaraikan 8 doa para Rasul untuk diamalkan di dalam kehidupan.
Alhamdulillah
Alhamdulillah ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud “Segala puji bagi Allah”. Sebagai orang Islam, menyebut Alhamdulillah setiap hari adalah sangat penting seperti yang disarankan di dalam Al-Quran dan Hadith. Perkataan Alhamdulillah disebut berkali-kali di dalam al-Quran untuk menggambarkan Allah yang Maha layak dipuji kerana zat-Nya, sifat-Nya, nikmat-Nya, rahmat-Nya dan panduan kehidupan yang diberikan oleh-Nya.
Amalan Memurahkan Rezeki
Antara amalan yang baik dan yang akan melimpahkan rezeki daripada Allah SWT ialah bersedekah, membantu orang yang memerlukan, menjauhi dosa dan beristighfar, memohon keampunan dari yang Maha Esa agar diampunkan segala dosa yang telah kita lakukan selama ini dan banyak lagi.
Doa Untuk Melangsaikan Hutang
Doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada seorang sahabat yang dilanda keresahan kerana hutangnya.
Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun
Salam Ma'al Hijrah 1444H/2022M
Doa Dipermudahkan Urusan
Doa ini ialah doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim (as) semasa baginda akan dicampak ke dalam api dan telah dibaca oleh Rasulullah SAW juga ketika mengumpulkan pasukan untuk berperang semasa Perang Badar. Dengan mengamalkan doa ini, kita memohon agar Allah SWT memudahkan segala urusan kita dan memberikan kita ketenangan ketika kita dilanda keresahan supaya kita boleh menguruskan tugas kita dengan baik.
Doa Ketika Melihat Cermin
Bukan wanita sahaja yang suka tengok cermin, lelaki pun perlu tengok cermin. Bacalah doa ini untuk kebaikan diri kita sendiri. Insya Allah.
Doa Dilancarkan Lisan
Berucap di khalayak tidak mudah bagi ramai orang. Mintalah pertolongan Allah SWT dengan doa ini. Insya Allah dipermudahkan urusan.
Zikir Jumaat Imam Ghazali
Hiasilah Jumaat kita dengan zikrullah dan selawat ke atas Rasulullah SAW. Insya Allah.
Doa Selepas Membaca Al-Quran
Bacalah doa ini setiap kali kita selesai membaca ayat-ayat suci Al-Quran, mahupun beberapa potong ayat. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kehidupan kita semua dengan ilmu Al-Quran dan fadhilatnya. Insya Allah.
Zikir Pagi & Petang
Sesiapa yang mengamalkannya pada waktu pagi dan petang sebanyak 7 kali, Allah SWT mencukupkannya apa yang diperlukan dirinya daripada pekerjaan dunia dan akhirat.