Keutamaan Menjamu Tetamu

Dengan ketibaan Syawal, eratkan silaturrahim dan persahabatan dengan menjamu ahli keluarga, sahabat-handai dan kenalan. Semoga kita memperoleh keberkatan-Nya. Insya Allah.

Apakah Hukum Menanam Pokok Di Atas Kubur?

Ziarah kubur dituntut oleh Islam kerana ianya dapat mengingatkan manusia kepada kematian. Di Aidilfitri ini tentu sekali ramai yang akan menziarahi kubur ahli keluarga dan sanak-saudara. Kami menampilkan topik bagaimana menguruskan tumbuhan yang terdapat di atas kubur dan apa hukum menanam pokok di atas kubur, yang telah dikupas oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

Qiyamullail Perdana di Putrajaya

Tim mymuslimin berkesempatan menghadiri program Qiyamullail Perdana bersama YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 14 April lepas. Saksikan video rangkuman program yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya.

Kisah Syam’un Serta Keutamaan Lailatul Qadar

Ibn Abbas RA meriwayatkan, Rasulullah SAW. pernah bercerita bahawa baginda mendapat wahyu dari Allah tentang seorang lelaki Bani Israel yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti. Rasulullah SAW sangat kagum, lalu baginda berdoa: "Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan."

Kisah Cemburu

Seorang lelaki menghampiri seorang raja dan berkata, “Layanlah ulama’ ini dengan baik kerana usaha-usahanya dan lepaskan si jahat, kerana perbuatan buruknya itu merupakan hukuman kepadanya nanti.” Seorang pembesar istana menjadi cemburu terhadapnya dan mengadu domba tentang lelaki itu kepada raja.  Dia memberitahu raja bahawa lelaki tadi telah memfitnah baginda, memberitahu dia yang mulut raja itu berbau....

Pesanan Untuk Diri 

Nasihat daripada Imam Ibn al-Qayyim رحمة الله, “Seorang teman tidak akan mampu berkongsi sengsaramu, orang yang kau sayangi tidak mungkin dapat menghilangkan kesakitan yang kau alami, mereka yang akrab denganmu tidak akan berjaga malam memikirkan masalahmu....

Drama TV, Refleksi Masyarakat? 

Saya tertonton drama TV1 berjudul Kau? CEO Aku? yang ditayangkan ketika hendak menunggu waktu berbuka puasa. Rata-ratanya kita disajikan dengan seribu satu sifat jelik masyarakat kita. Kalau boleh semua perlakuan buruk yang ada dalam masyarakat mahu ditonjolkan ke khalayak di dalam satu drama.

Blog at WordPress.com.

Up ↑