23. ASMAUL HUSNA – AL-KHAFIDH (Yang Maha Merendahkan)

Asmaul Husna yang ke-23 ialah Al-Khafidh yang bererti Yang Maha Merendahkan atau Menjatuhkan. Dengan sifat Al-Khafidh itu, Allah SWT berkuasa merendahkan atau menjatuhkan seseorang sama ada martabat, kekuasaan, kekayaan atau perniagaan dan seumpamanya.

Inilah antara sifat-sifat Allah SWT yang mesti digeruni oleh manusia.

Pengajaran daripada sifat Allah SWT Al-Khafidh yang mesti diambil manfaat oleh orang-orang mukmin sepaya menyediakan diri dengan sifat jujur. Janganlah disebabkan obses untuk mencapai sesuatu matlamat hingga sanggup menyimpan hasrat buruk untuk menjatuhkan orang lain. Sedangkan orang lain mampu mencapai tujuan melalui cara yang betul tanpa mengkhianati pihak lain.

Waspadalah terhadap balasan Allah SWT andainya seseorang itu berusaha menjatuhkan orang lain. Sedangkan Dia mempunyai sifat Al-Khafidh, yakni berkuasa mutlak menjatuhkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: