Kisah Nabi Daud AS – Cinta Dan Ujian  

Daud ialah seorang pemuda; menurut riwayatnya, hanya berusia 15 ke 16 tahun, berkulit cerah dan mempunyai mata bewarna. Beliau seorang yang gagah tetapi bertubuh kecil, dan mempunyai suara amat merdu. Daud adalah di antara 4000 askar Talut yang telah menyeberangi sungai Jordan untuk bertarung dengan pemerintah zalim al-Almalikah. Kaum ini umpama gergasi, lelaki Utara yang bertubuh sasa, dan Jalut ialah Raja dan pemimpin mereka. 

Tiada seorang pun daripada askar Talut mahu berdepan dengan Jalut. Daud mengangkat tangannya sekali, dua kali, dan pada kali ketiga, mereka bersetuju. Beliau tidak mengambil pedang atau perisai, tetapi sebaliknya beliau menggunakan batu kerikil. Dengan kuasa Allah SWT, beliau telah berjaya menjatuhkan Jalut dengan mencederakan matanya yang telah menyebabkan kematiannya. Ketika askar-askar Jalut yang lain melihat kejadian ini, mereka lari lintang-pukang. 

Kerana insiden ini, Daud telah mengahwini puteri raja, dan apabila raja wafat, Daud mewarisi takhta. Baginda juga ialah seorang Rasul, seorang nabi, dan seorang raja kepada Bani Israil.

Baginda Kuat Bekerja

Nabi Daud AS bukanlah seorang insan biasa. Baginda tidak pernah memakan apa-apa melainkan makanan yang baginda usahakan sendiri. Sikap Baginda jauh sekali berbanding sikap raja-raja di zaman ini, zaman lepas dan zaman akan datang, yang akan mengatakan, “Rakyatku, bawalah beta penghormatan daripada apa yang kamu ada.” Tidak sama sekali. 

Baginda keluar bekerja di ladang, membuat baju besi dan menjualnya, membina perisai dan melakukan kerja-kerja besi. Pendapatan yang baginda perolehi akan digunakan untuk membeli makanan dan membiayai tempat tinggalnya. 

Diberkati Dengan Suara yang Merdu

Apabila Baginda membaca kitab Zabur, gunung-ganang membaca seiring baginda. Allah SWT akan berkata, “Ya gunung-ganang, teruskan membaca bersama Daud.” Burung-burung akan berhenti terbang untuk mendengar bacaannya dan sayap-sayap burung akan membawa bacaan itu ke serata dunia. Baginda telah diberkati dengan pembacaan Zabur sehingga baginda berkata kepada pembantunya, “Bolehkah kau mempersiapkan kudaku?” dan pembantunya akan menyediakan pelana di atas kuda, dan membawa kuda itu kepada baginda, dan apabila kuda tersebut siap, baginda telah pun selesai membaca Zabur. Itulah keberkatan Nabi Daud AS.

Puasa Hebat Nabi Daud AS

Tiada siapa yang berpuasa sehebat Nabi Daud AS. Rasulullah SAW bersabda bahawa tiada siapa yang berpuasa lebih daripada Nabi Daud AS. Tiada siapa yang ada sistem berpuasa paling bagus berbanding Nabi Daud AS. Baginda berpuasa selang sehari sepanjang hidupnya. 

Fakta ini diambil dari surah Al-Qasas dan terdapat variasi kisah ini dalam kitab Bani Israil. Kami mengambil sumber daripada buku Tafseer: al-Qurtubi, at-Tabari dan lain-lain. Tentu sekali terdapat penceritaan yang salah, dan kami telah menggunakan penceritaan yang paling benar dalam kisah ini, Alhamdulillah. 

Doa Nabi Daud AS

Setiap rasul Allah telah diberikan satu doa yang akan dimakbulkan untuk mereka. Doa Nabi Daud AS ialah, “Ya Allah, beritahu aku hari yang Kau akan mengujiku. Aku ingin tahu hari Kau akan mengujiku, supaya aku bersedia, ya Allah.” Ini ialah pemikiran yang berani. Jadi, Allah SWT telah menguji Nabi Daud AS dengan ibu segala ujian. Allah memberitahu Baginda hari ujian tersebut. 

Hari Ujian Getir

Maka pada hari dia mengetahui Allah SWT telah berfirman di dalam Qadar-Nya ditakdirkan bahawa dia akan diberikan ujian yang berat, Daud mengurungkan diri di dalam bilik solat. Baginda mengunci pintu; hanya terdapat jendela kecil di bahagian atas istana, dan seseorang perlu memanjat pagar untuk ke situ. Tiada apa yang dapat mengganggu perhatian baginda. 

Baginda meletakkan Zabur di hadapan Baginda; dan berkata kepada pembantu-pembantunya bahawa makanan dan minumannya sudah tersedia. Dia meminta tiada siapa yang mengganggu baginda, dan baginda tidak mahu membahayakan siapa-siapa. Baginda tidak mahu diuji oleh apa-apa. 

Dari permulaan hari, baginda membaca Zabur dan melakukan solat. Kemudian Allah menghantar seekor burung yang hinggap di tepi bukunya. Nabi Daud AS mengangkat matanya untuk melihat burung tersebut; dan burung itu terbang keluar jendela. Dari luar jendela, seorang wanita jelita melintas. 

Nabi Daud AS berkata, “Masha Allah…” dan bertanya tentang wanita tersebut. Mereka menjawab, “Wanita ini telah bertunang dengan jeneral Tuanku yang sedang berada di sempadan mempertahankan tanahair kita. Apabila beliau kembali dari jihad, mereka akan berkahwin.” Daud berfikir, “Jika Allah SWT memberi lelaki ini mati shahid, itulah takdir dia.” 

Dua Sahabat Bertelingkah Tentang Kambing

Serta-merta, dua malaikat dalam bentuk manusia memanjat dinding, naik melalui tingkap, melompat di hadapan baginda, dan menakutkan baginda. Lelaki yang membunuh Jalut menjadi gentar. 

Kedua malaikat tersebut berkata kepada Daud, “Kita ini adalah dua sahabat yang bertelingkah antara satu sama lain.” Seorang daripada mereka berkata, “Lelaki ini seperti abang kandungku. Dia telah dikurniakan 99 ekor kambing.” Masyarakat Arab, berkias di dalam puisi – walaupun di dalam puisi sebelum Islam – apabila mereka berbicara tentang ramai wanita, mereka berkias seumpama mereka mempunyai sekawan kambing. 

Beliau menyambung, “Dan aku ini, aku hanya mempunyai seekor kambing. Aku ada begitu sedikit berbanding dengan dia. Dan sahabat, kawanku ini sentiasa memaksa aku berkali-kali, kerana dia mahu memiliki kambingku untuk dirinya. Dia tidak mahu aku menyimpan satu kambing pun. Satu berkat.”

Nabi Daud AS belum pun mendengar cerita sebelah pihak lagi. Serta-merta baginda berkata, “Dia telah bersalah kepadamu dengan meminta kau memberi seekor kambingmu itu kepadanya sedangkan Allah telah memberikan dia begitu banyak sekali.” 

Selesai menjawab, Nabi Daud AS memahami ujian tersebut. “Akulah lelaki dengan 99 kambing itu, dan jeneralku mempunyai seekor kambing sahaja. Dan aku masih terfikir tentang kambingnya.” 

Kemudian, Baginda kembali kepada Allah dan bertaubat. Allah SWT menamatkan ayat dengan firman-Nya yang bermaksud,

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.”

(Saad 38:26)

Allah SWT memberi imej yang kuat dan berkuasa menerusi kisah di dalam Al-Qur’an.

Pengajaran Pertama: Tidak kira bagaimana bertaqwa pun kita, betapa tingginya iman kita, setiap seorang daripada kita, pasti akan diuji oleh Allah SWT. Wa’ima Nabi Daud AS memohon kepada Tuhan agar diberitahu bila dia akan diuji, apakah ujian tersebut dan adakah baginda akan berjaya menjalaninya. Rasulullah SAW sering gusar tentang dekatnya rohani Baginda SAW dengan Allah SWT, dan tidak pernah mengambil mudah hal ini. Bagunsa SAW tidak pernah mengatakan, “Aku ini pesuruh Allah, Jibril menurunkan Al-Qur’an kepadaku, aku tahu yang benar daripada yang batil, kerana aku telah diajar. Allah akan membantu.” Tidak. 

Nabi Daud AS faham bahawa itu adalah ujian. Jangan sekali-kali berfikir rasul Allah seperti Nabi Daud AS telah diuji begitu berat dan kita tidak akan diuji. Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Qur’an pada permulaan surah al-Ankabut yang bermaksud:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”

(Al-Ankabut 29: 2-3) 

Pengajaran Kedua: Nabi Daud AS, rasul Allah SWT yang hebat, telah mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi Baginda daripada fitnah. Ianya mungkin berjaya atau sebaliknya. Mungkin ada rakan sekerja, duit, atau apa sahaja yang kau inginkan dalam hidup. Anda melihatnya, anda merasakannya. Ianya di dalam hati kita semua. Jangan berkata semuanya akan berjalan dengan lancar. Tidak. 

Kerana dosa itu merayap di atas kita secara senyap, lebih sunyi daripada semut hitam di atas batu yang gelap di kedalaman malam tanpa bulan, seperti sabda Rasulullah SAW. Lantas, ianya menjadi tanggungjawab kita untuk mencegah kemudaratan sebelum ia tiba.

Pengajaran Ketiga: Allah SWT akan menguji kita sehinggakan kita tersilap atau berjaya. Allah menguji kita dengan berat sebagaimana Dia telah menguji rasulnya. Apakah doa Rasulullah SAW sebagai perlindungan daripada ujian Allah SWT?

“Ya Allah, jangan menjadikan ujian dalam kehidupan kami sebagai ujian ketaatan kami kepada-Mu”

Marilah kita memohon perlindungan daripada ujian yang paling sukar ini.

Diterjemah daripada: Love Stories from the Quran by Yahya Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: