Kisah Khosrau dan Seorang Wanita Tua

Buzrjamhar, seorang lelaki bijak Farsi telah menceritakan kisah Raja Khosrau dan seorang wanita tua. Wanita itu mempunyai seekor ayam dan sebuah pondok kecil, yang terletak di atas sebidang tanah yang kecil bersempadan dengan istana Khosrau. 

Pada satu hari, wanita tua ini perlu bepergian ke sebuah kampung lain, dan sebelum dia bergerak, dia telah berdoa, “Ya Tuhanku, aku mengamanahkan ayamku kepada-Mu.”

Ketika ketiadaannya, Raja Khosrau telah merampas tanahnya untuk meluaskan taman istana. Askar baginda menyembelih ayam wanita itu dan memusnahkan tempat tinggalnya. 

Apabila wanita tersebut pulang ke rumah dan melihat kemusnahan yang telah berlaku, dia memandang ke langit dan berkata, “Ya Tuhanku, aku meninggalkan tempat ini dan di manakah Kau?”

Kemudian, Allah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Berkuasa memberikan balasan kepada mereka yang memusnahkan harta wanita tua tersebut. Anak Raja Khosrau telah menyerang bapanya dengan pisau dan membunuhnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud,

“Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.”

(Az-Zumar 39:36) 

Semoga kita semua menjadi seperti anak Adam yang lebih layak, yang berkata kepada yang seorang lagi: 

“Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam”

(Al-Maaidah 5:28) 

Sesungguhnya orang Islam itu mempunyai misi dan mesej yang lebih penting daripada dendam, hasad dan kebencian.

Sumber: Don’t be Sad, Dr A’id al-Qarni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: