29. ASMAUL HUSNA – AL-HAKAM (Yang Maha Menghakimi)

Asmaul Husna yang ke-29 ialah Al-Hakam yang membawa makna Tuhan Yang Maha Menghakimi. Allah SWT teleh menamakan diri-Nya Al-Hakam, mempunyai kelayakan untuk menghakimi segala kemelut pertelagahan dan perselisihan yang berlaku di kalangan makhluk khususnya manusia. Kehakiman Allah SWT adalah kehakiman yang tidak berat sebelah, kerana Allah SWY tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk membuat keputusan berat sebelah.

Berbeza dengan kehakiman di mahkamah dunia, walaupun hakim di kalangan manusia mendakwa berlaku adil tetapi mereka masih mempunyai sebab untuk tidak berlaku adil. Ini kerana sesetangah hakim mempunyai kepentingan atau tidak mempunyai kebebasan sepenuhnya apabila tugas mereka dipengaruhi oleh pihak lain terutama pihak pemerintah yang menekan mereka.

Manusia yang mengaku beriman dengan Allah SWT yang bernama Al-Hakam, jika mereka menghadapi keadaan perselisihan dan krisis sesama manusia, maka mereka mesti mengembalikannya kepada Tuha yang Maha Menghakimi bagi mengatasinya. Allah SWT berfirman yang maksudnya:

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya

(An-Nisa 4:59)

Manusia mempunyai kelemahan untuk berlaku adil ketika menghakimi, justeru itu Allah SWT memberi amaran kepada manusia dengan firman-Nya yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.

(An-Nisa 4:58)

Sekiranya seseorang diminta untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian dalam masyarakat, janganlah mengelakkan diri dengan tidak memberikan sebarang sumbangan bagi mengatasai masalah yang berbangkit. Sebaliknya mereka mesti berusaha mencari jalan untuk memperbaiki keadaan dengan mengemukakan pendapat atau pendangan setakat yang terdaya berasaskan ayat-ayat Allah SWT yang terkandung dalam Al-Quran, dan juga daripada sunnah Rasulullah SAW.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: