إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَسْتَأْنِسَ بِاللهِ فَاسْتَوْحِشْ مِنْ نَفْسِكَ
Ertinya:
1. “Jika kamu ingin merasakan hatimu tenang dan tenteram bersama Allah, engkau janganlah turut hawa nafsumu.
2. Jika engkau ingin dikasihi oleh Allah, kasihilah makhluk-Nya.”
Semasa Asy-Syibli tidur, beliau pernah bermimpi seolah-olah beliau sudah meninggal dunia. Beliau ditanya tentang keadaannya setelah dia meninggal dunia.
Dia bercerita: “Wahai Abu Bakar, apakah kamu tahu mengapa Aku mengampuni kesemua dosa-dosamu.”
Aku menjawab: “Sebab amal solehku.”
Allah berfirman: “Bukan.”
Aku berkata: “Sebab keikhlasan ibadahku.”
Allah berfirman: “Bukan.”
Aku menambah lagi: “Sebab aku juga menunaikan haji, puasa dan solatku.”
Allah kembali berfirman: “Bukan.”
Aku pun bertanya dengan rasa kehairanan: “Lantas apakah sebabnya, wahai Tuhanku?”
Allah SWT menjawab: “Ingatkah saat engkau berjalan di salah satu lorong di Baghdad? Bukankah engkau terjumpa seekor anak kucing yang lemas akibat cuaca yang ekstrim hingga dia meringkuk kesejukan di sudut bangunan? Dengan rasa sayang, kemudian engkau mengambilnya, meletakkannya dalam salah satu bakul yang engkau bawa, dan melindunginya daripada udara yang sejuk.”
Aku menjawab: “Ya, hamba ingat.”
Allah SWT berfirman: “Kerana kasih sayangmu terhadap anak kucing itulah, Aku memberimu rahmat.”
Nama asal Abu Bakar Asy-Syibli ialah Dalaf bin Jahdar al-Baghdadi. Dialah salah seorang tokoh ahli makrifat yang hidup ketika zaman Syeikh Junaid dan zaman mazhab Maliki. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 334 H ketika berusia 87 tahun dan dikebumikan di Baghdad.
Sumber: Nashaihul ‘Ibad oleh Sheikh Nawawi Al-Bantani
Leave a Reply