Islam telah meruntuhkan sifat tamak yang melampau dan angan-angan kosong yang telah menjadikan sekumpulan manusia menganggap syurga sebagai milik mereka sahaja atau sebagai warisan yang akan mereka warisi dari nenek moyang mereka. Mereka berasa berhak memperolehinya dengan hanya menganut agama tertentu atau masuk di bawah gelaran tertentu.
Islam telah membatalkan dakwaan kosong yang telah menjadikan ada sekumpulan manusia menganggap syurga sebagai milik mereka sahaja atau sebagai warisan yang akan mereka warisi daripada nenek moyang mereka. Mereka berasa berhak memperolehinya dengan hanya menganut agama tertentu atau masuk di bawah gelaran tertentu.
Islam telah membatalkan dakwaan kosong ini, dan mengembalikan perkara kemasukan ke dalam syurga itu kepada iman yang benar dan pekerjaannya yang baik. Firman Allah S.W.T yang bermaksudnya:
“Yahudi berkata: ‘Tidak masuk syurga melainkan siapa yang beragama Yahudi.’ Dan Nasrani berkata: ‘Tidak masuk ke syurga melainkan sesiapa yang beragama Nasrani.’ Itulah angan-angan mereka. Katakan kepada mereka wahai Muhammad: ‘Bawakan dalil kamu sekiranya kamu orang yang benar.’ Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah di samping dia seorang yang melakukan kebaikan, maka baginya pahalanya di sisi Tuhan. Tidak ada kebimbangan dan tidak ada kedukaan buat mereka.”
(Surah al-Baqarah 2: 111-112)
Dengan ini Islam telah menggariskan jalan ke syurga iaitu dengan menyerahkan diri kepada Allah dan melakukan pekerjaan yang baik.
Ini bukan sahaja pendirian Islam terhadap Yahudi dan Nasrani tetapi juga pendirian yang sama terhadap golongan Islam yang memencilkan diri. Mereka yang bodoh ini mengikut hawa nafsu dan berangan-angan yang bukan-bukan kepada Allah. Mereka menyangka bahawa menyebut kalimah Islam atau memakai nama Islam sudah cukup untuk membuka pintu syurga kepada mereka supaya mereka memasukinya dengan senang!
Tetapi al-Qur’an menerangkan kepada mereka bahawa undang-undang Allah dalam soal pembalasan adalah umum meliputi seluruh manusia, tidak ada pilih kasih dan tidak ada perbezaan antara satu puak dengan satu puak yang lain.
Ahli-ahli tafsir al-Qur’an meriwayatkan bahawa dalam satu majlis mengandungi sekumpulan orang Yahudi, Nasrani dan Islam, setiap kumpulan mendakwa bahawa merekalah manusia yang pertama sekali masuk syurga.
Yahudi berkata: “Kami pengikut Musa yang dipilih Allah dengan kalimah dan risalah-Nya.” Nasrani berkata: “Kami pengikut Isa, roh Allah dan kalimah-Nya.” Orang Islam pula berkata: “Kami pengikut Nabi Muhammad, nabi terakhir dan sebaik- baik umat manusia yang dilahirkan.” Al-Qur’an tidak membiarkan mereka dengan dakwaan masing-masing. Maka turunlah ayat pemutus hukum yang adil.
Al-Qur’an menunjukkan ayatnya kepada muslimin dengan terus terang dan jelas. Firman-Nya yang bermaksud:
“Balasan yang baik itu tidak akan didapati dengan angan-angan kamu semata-mata dan tidak pula dengan angan-angan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), slapa yang melakukan kejahatan dia akan dibalas dengan kejahatan dan dia pula tidak akan mendapat sesiapapun yang akan melindunginya dan tidak ada juga sesiapa yang akan menolongnya. Dan siapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya sedikitpun.”
(Surah Al-Nisa’ 4:123-124)
Sumber: Kemanisan Iman oleh Dr. Yusof Al-Qaradhawi