Berbaloi-baloi Makan di 10 Gram, Cyberjaya!

By: Mymuslimin.com

Sebenarnya kami tersalah kedai. Mulanya kami Google restoran stik halal di kawasan Cyberjaya dan mengambil keputusan untuk mencuba 10 Gram Bakers and Steak. Setelah sampai ke Tamarind Square, nampak sahaja 10 Gram, kami pun melangkah masuk. Selak-selak menu, stik tiada dalam tawaran. Disebabkan perut sudah berkeroncong, kami terus memesan makanan. 

Rupa-rupanya 10 Gram steak terletak selang empat kedai sahaja dari restoran 10 Gram ini. Tiada rezeki makan stik, tetapi 10 Gram yang ini memang berbaloi-baloi nilainya!

Ruang luas dan sangat selesa untuk pelanggan

Restoran ini menghidangkan menu sarapan pagi, salad, sup, hidangan pasta, pizza dan masakan Asia. Hidangan Big breakfast yang lengkap dengan roti bakar, ham ayam belanda, sosej ayam, hashbrown, cendawan, scrambled egg & kacang panggang hanya berharga RM19.90, memang pilihan yang tepat kepada mereka yang berselera besar. Versi kecil Big Breakfast pula ialah English Breakfast (RM13.90). Pancake klasik (RM8.90) dan Roti susu bakar (RM4.90) juga ada. 

Pasta fusion yang sangat lazat!

Menu utama di 10 Grammenawarkan hidangan pasta Itali popular di Malaysia seperti Aglio Olio, Tomato & Sosej, Mac & Cheese, Alfredo dan Pasta Bebola Daging Tomato. Tetapi, jangan lupa untuk melihat menu sampingan kerana ada banyak lagi menu pasta fusion yang disediakan seperti Spaghetti Sweet Spicy Buttermilk Chicken (RM18.90), dan Spaghetti Buttermilk Shrimp (RM16.89). Memang lazat dan sesuai dengan selera orang kita! 

Sweet and Spicy Buttermilk Chicken Pasta

Pizza di sini berkerak nipis dan bersaiz sederhana. Memang sedap sebagai hidangan utama atau sampingan! Harga sekitar RM16.90 hingga RM24.90. 

Pizza Margherita yang ringkas tapi sedap!

Untuk yang suka nasi dan mi, 10 Gram juga tidak mengecewakan dengan hidangan Nasi Lemak (RM6.90), Nasi Ayam Portugis (RM13.90), Kari Laksa (RM11.90) dan banyak lagi. Chicken chop (RM19.90) dan grilled lamb (RM24.90) juga disediakan.

Menu 10 Gram, Cyberjaya

Pendek kata, menu 10 Gram payung banyak selera dengan harga yang mesra dompet. Kami makan 4 orang dengan 6 hidangan utama dan 4 minuman hanya RM142. Ruang restoran juga luas, bersih dan cantik. Pesanan disediakan dengan pantas, portion yang baik, dan dipersembahkan dengan begitu menarik sekali.  Alhamdulillah.

p/s: 10 Gram juga mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang iaitu di Shah Alam, Air Putih, Putrajaya dan Tun Ismail. 

10 Gram Cyberjaya

A-03-05, Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor

Isnin~Ahad: 10 pagi – 11 malam

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: