Asmaul Husna yang ke-51 ialah Asy-Syahid yang bermaksud Tuhan Yang Sentiasa Hadir. Allah SWT sentiasa hadir dalam kehidupan insan walau di mana sahaja mereka berada, siang ataupun malam. Ketika manusia mengingati-Nya atau melupakan-Nya. Asy-Syahid juga bermakna menyaksikan, segala amalan baik atau kerja jahat, yang dilakukan dalam terang atau ketika gelap, secara rahsia ataupun secara terbuka. Allah SWT yang digelar Asy-Syahid ini akan sentiasa menjadi saksinya.
Melalui sifat Allah SWT yang Asy-Syahid, mendidik orang-orang yang beriman agar mereka sedar bahawa Allah SWT sentiasa hadir dan menyaksikan dirinya. Rasulullah SAW berpesan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud,
كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
“Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak dapat melihat-Nya, namun Dia tetap melihatmu.”
HR Bukhari dan Muslim
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply