Asmaul Husna ke-11 ialah Al-Mutakabbir yang bererti Yang Mengagungkan Diri atau menyombongkan diri. Dialah Tuhan yang Maha Agung, bahkan Dia turut menyombongkan diri-Nya. Sesungguhnya layaklah bagi Tuhan itu bersifat membesarkan diri atau menyombongkan diri.
10. ASMAUL HUSNA – AL-JABBAR (Yang Maha Gagah)
Asmaul Husna ke sepuluh, Al-Jabbar yang bermaksud Yang Maha Gagah, juga bererti Yang Maha Memperbaiki benda-benda yang binasa. Oleh kerana Tuhan yang sebenarnya mempunyai kebijaksanaan sebagai pembaikpulih segala rosak binasa, maka kepada-Nya tempat manusia mengadu dan berserah supaya segala kerosakan dan kecacatan yang terjadi dapat diperbaiki dengan sempurna.
9. ASMAUL HUSNA – AL-AZIZ (Yang Maha Perkasa)
Asmaul Husna yang kesembilan ialah Al-Aziz, Yang Maha Perkasa, juga membawa maksud Yang Maha Mulia. Kehebatan Allah SWT boleh dilihat daripada ayat-ahat-Nya yang manzurah (kejadian atau peristiwa yang boleh dilihat), iaitu segala kejadian luar biasa yang berlaku pada suatu masa di dunia ini.
8. ASMAUL HUSNA – Al-Muhaimin (Yang Maha Memberi Perlindungan)
Al-Muhaimin bermaksud Tuhan Yang Menjaga. Allah SWT bukan hanya mencipta alam semesta, berbilion planet dan bintang-bintang yang tak terhitung banyaknya. Allah SWT juga menjaga, mengurus, dan mengawal semua ciptaan-Nya itu dengan sempurna.
7. ASMAUL HUSNA – AL-MUKMIN (Yang Maha Pemelihara Keamanan)
Apabila kita mampu hidup dalam suasana tenang dan damai sehingga membolehkan kita bermasyarakat dengan damai, melakukan tugas harian dan mencari rezeki dengan sabar, bina rumah tangga dalam suasana senang-lenang dan seumpamanya, ketahuilah semuanya berpunca daripada Tuhan yang bernama Al-Mukmin.
6. ASMAUL HUSNA – AS-SALAM (Yang Maha Memberi Keamanan & Kesejahteraan)
Manusia sebagai hamba Allah SWT yang bernama As-Salam perlu berusaha menghindarkan diri daripada segala keaiban yang boleh mencacatkan keperibadiannya.
5. ASMAUL HUSNA – AL-QUDDUS (Yang Maha Suci)
Allah SWT itu ialah Zat yang suci bersih daripada sebarang anasir yang tidak baik dan bebas daripada sebarang cacat-cela.
4. ASMAUL HUSNA – AL-MALIK (Yang Maha Merajai)
Al-Malik bermaksud Raja. Allah SWT adalah sebenar-benar Raja. Pencipta langit dan bumi serta seluruh angkasaraya dan berkuasa di atas ciptaan-Nya.
3. ASMAUL HUSNA – AR-RAHIM (Yang Maha Penyayang)
Ketika Ar-Rahman ialah sifat adil terhadap semua makhluk di dunia ini, tidak membezakan antara orang-orang beriman, mahupun orang-orang kafir yang mengingkari-Nya, sifat Ar-Rahim iaitu Yang Amat Kasihan Belas itu pula eksklusif hanya kepada hamba-Nya yang menyayangi Allah SWT dan mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan-Nya.
2. ASMAUL HUSNA – AR-RAHMAN (Yang Maha Pemurah)
Kasih sayang Allah SWT itu maha luas, dan tidak terbanding dengan kasih sayang yang ada dalam diri manusia. Salah satu nama Allah ialah Ar-Rahman yang membuktikan bahawa Allah SWT itu amat luas kasih sayang-Nya kepada makhluk yang diciptakannya, termasuklah manusia. Rasulullah SAW telah dinisbahkan sebagai kekasih Allah SWT. Hatta, telah disediakan syurga untuk mereka mendapat kasih sayang Allah SWT sebagai pembalasan abadi.
1. ASMAUL HUSNA – Allah
Allah Jalla Jalalah adalah nama bagi suatu Zat yang mesti ada, yang mengadakan sesuatu yang sebelumnya tiada. Wujudnya tanpa permulaan dan tanpa kesudahan. Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung, kewujudanNya adalah abadi.