8. ASMAUL HUSNA – Al-Muhaimin (Yang Maha Memberi Perlindungan)

Al-Muhaimin bermaksud Tuhan Yang Menjaga. Allah SWT bukan hanya mencipta alam semesta, berbilion planet dan bintang-bintang yang tak terhitung banyaknya. Allah SWT juga menjaga, mengurus, dan mengawal semua ciptaan-Nya itu dengan sempurna.

Allah SWT mencipta manusia berbekalkan akal dan nafsu. Akal berfungsi untuk memikirkan perkara baik dan buruk. Nafsu pula sering mengajak manusia ke arah perkara mungkar. Lantaran, Al-Muhaimin menjaga dan memelihara manusia dengan wahyu yang disampaikan oleh para Rasul-Nya.

Ini supaya manusia dapat mengimbangi fungsi akal fikiran dan pengaruh nafsu.

Apabila manusia menjadi hamba kepada Al-Muhaimin, maka manusia perlu mengambil iktibar daripada sifat itu. Manusia mesti menjaga hati. Jika hati sentiasa dijaga dan dikawal dengan mematuhi syariat Allah SWT, maka tingkahlaku manusia akan turut terkawal.

Firman Allah SWT dalam Surah Asy-Syura (26: 88-89) yang bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).”

Menjadi kewajipan setiap mukmin untuk mengawal hati daripada diganggu oleh syaitan agar tiada sifat-sifat mazmumah. Maka apabila bebas daripada pengaruh syaitan, manusia akan berusaha mengerjakan kebaikan, dan segala-galanya akan turut terjaga.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: