Memohon Keampunan Dari Allah Membuka Banyak Jalan

Ibnu Taimiyah berkata: "Apabila aku keliru dalam pemahamanku tentang sesuatu isu agama, aku segera memohon kepada Allah untuk mengampuniku seribu kali - mungkin lebih sedikit atau mungkin kurang sedikit. Kemudian Allah membuka apa yang tertutup untukku dan memberi aku kefahaman tentangnya."

Melayari Perkahwinan: Cukupkah Hanya Berbekal Cinta?  

Ketika dilamun cinta, pasangan merasakan dunia ini mereka yang punya. Bila bersama, segalanya sempurna, bahagia dan akan kekal selamanya. Cinta memberi kesan fatamorgana kepada ramai manusia yang menyebabkan kaki tidak berpijak di bumi yang nyata. Walaupun seringnya cinta membawa kepada perkahwinan, namun apabila masalah datang bertalu-talu ke dalam rumahtangga, adakah cinta sahaja mampu bertahan? Mampukah cinta kekal selamanya?

Langit dan Jenis-Jenis Makhluk

Diriwayatkan bahawa yang pertama kali Allah SWT ciptakan adalah mutiara. Lalu Dia memandangnya dengan pandangan kebesaran. Dia lantas mencair dan bergetar kerana takut kepada Tuhannya. Jadilah ia air.

Teks Khutbah Jumaat: Belia Permata Negara

Mimbar mengajak semua pihak mendekati belia dengan pendekatan yang sesuai dan hampir kepada mereka untuk pembentukan generasi belia yang bernilai di sisi Allah SWT iaitu belia yang berjasa kepada masyarakat dan negara, mereka yang memiliki akidah yang utuh, akhlak yang terpuji dan ibadah yang ikhlas.

Amalan Sunnah Hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Untuk itu, kita sebagai seorang muslim sama ada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini terutamanya pada hari-hari yang agung seperti hari Jumaat ini agar kita tidak mensia-siakan kebesaran hari tersebut. Daripada Abi Lubabah bin... Continue Reading →

Suami Gay: Adakah Perlu Kekal atau Cerai?

Ketika hendak bernikah suami tidak berterus-terang tentang kecenderungan seksualnya dan setelah bertahun melayari kehidupan bersama, isteri mendapati suaminya menyukai dan mengadakan hubungan songsang dengan kaum lelaki. Apakah yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan masalah begini?  Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang kes ini.

Sarapan Sedap di Canning Dim Sum, Ipoh

Kalau di Muar, bersarapan sate itu biasa. Di Melaka pula, warganya bersarapan roti canai dengan asam pedas ikan. Bagaimana pula di Ipoh? Tentu sekali menikmati dim sum di pagi hari itu budaya! Dan di mana lagi untuk mendapatkan dim sum sedap dan halal kalau bukan di Canning Dim Sum.

Ibadat Dan Produktiviti

Adakah solat lima waktu mengganggu produktiviti? Atau, adakah solat itu merupakan nikmat yang paling baik kepada manusia yang sentiasa dibeban oleh dunia? Ikuti penerangan Dr Yusof Al-Qaradhawi tentang ibadah dan produktiviti.

Qadha Di Antara Makhluk

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bertanya: "Tahukah kamu orang yang bangkrap?" "Ya Rasulullah, orang yang bangkrap adalah orang yang tidak lagi mempunyai wang dan harta," jawab kami. "(Bukan itu). Orang bangkrap dari umatku adalah orang yang pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun dia ini adalah orang yang suka mencaci, menuduh keji kepada orang lain, memakan harta orang lain dan menumpahkan darah. Oleh kerana itu, pahala kebaikan-kebaikannya diberikan kepada si anu, si anu, dan si anu. Akan tetapi, pahala kebaikannya habis sebelum tertebus semua kejahatannya, sampai-sampai ganjaran kejahatan orang lain dibebankan kepadanya, lalu ia dilemparkan ke dalam neraka."

8 Cara Membesarkan Anak Lelaki Menjadi Lelaki Sejati

Nasihat ini ditujukan kepada para bapa yang mahu anak lelaki mereka membesar menjadi lelaki sejati. Adalah menjadi harapan saya agar apabila satu generasi mengamalkan cara didikan yang baik, ia dapat memperbaiki kecenderungan lelaki yang tidak matang serta melahirkan generasi lelaki sejati yang baharu. Berikut adalah beberapa cara untuk membesarkan anak lelaki menjadi lelaki sejati.

8 Tips on Raising Boys into Men

This advice is aimed at fathers of teenagers who want their boys to grow into real men. It is my hope that a single generation of good parenting can reverse this trend of manchilds, and produce a new generation of manly men. Here are some tips for raising boys into men.

Blog at WordPress.com.

Up ↑