Oleh: Mimi Zayn
Setiap hari aku tidak akan lupa untuk meminta supaya Allah permudahkan segala urusanku. Selain daripada urusan yang telah dirancang, banyak masa aku tidak tahu apa urusan lain yang aku akan lakukan lagi tetapi aku yakin yang aku perlu bersandar kepada-Nya untuk menguruskan kehidupan seharianku.
Dan setiap hari juga aku memerhatikan keajaiban berlaku. Small miracles yang memberi aku harapan dan menguatkan keyakinan aku kepada penciptaku Yang Satu, Yang Maha Esa, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selalunya orang menunggu keajaiban besar seperti bulan terbelah atau dapat projek juta-juta, tetapi keajaiban itu pada aku sebenarnya berlaku setiap hari.
Bila nak pergi mall untuk buat grocery dan parking penuh, tiba-tiba ada satu spot yang cantik berdekatan escalator. Alhamdulillah. Bagi aku itu miracle yang Allah SWT beri untuk permudahkan urusanku. Bila terasa malas nak masak, tiba-tiba suami balik bawa makanan. Alhamdulillah, tersenyum sampai nampak gusi.
Bila sakit perut dan ada pil Chi Kit Teck Aun dalam laci, Alhamdulillah. Bila anak dengar cakap dan tidak memberi cabaran setiap hari, Alhamdulillah. Bila senang gerak untuk solat, senang gerak untuk zikir, senang bersedekah, ini semua keajaiban kecil yang Allah beri untuk memudahkan urusan aku. Alhamdulillah, syukur ya rabb.
Hakikatnya, manusia papa kedana, tiada apa yang boleh diharap atau diminta kerana sifat manusia itu sendiri meminta-minta dan sentiasa berharap. Walaupun sedikit bantuan diberi, hati kecil selalu mengharapkan balasan yang setimpal. Itulah sifat an-Nas.
Aku tiada niat untuk merendah-rendahkan manusia tetapi itulah realitinya. Tak perlulah ambil hati, kita memang tiada apa-apa. Dalam keadaan papa kedana kita ini pun, ramai hati yang berani bermegah, seolah-olah dia punya segala.
Semua perkara jadi mudah kalau kita sedar diri.
Allah itu Maha Kaya. Lantas, the smartest thing to do is to lean on Him and only Him.
Semalam kopi dah habis. Tiba-tiba teringat anak ada di bandar. Terus aku WhatsApp dia untuk belikan sebotol. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Kopi Costa Rica Davidoff Edisi Terhad dapat aku cuba. Rasa kopinya amat nyaman. Segala puji hanya layak untukmu Ya Allah, Yang Maha Besar.
NOTA: Kolum Catatan Pencinta Kopi dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin berkarya di mymuslimin.com. Hantarkan kisah atau catatan anda ke email kami di mymuslimin2022@gmail.com dan kami akan menyiarkannya di kolum ini sekiranya terpilih.
Leave a Reply