Asmaul Husna yang ke-25 ialah Al-Mu’izzu yang bermaksud Tuhan Yang Memberikan Kemuliaan. Kemuliaan bukan semestinya kekayaan ataupun kesenangan hidup.
Allah SWT memuliakan seseorang apabila diberi-Nya hidayah hingga menjadi mukmin dan melakukan ketaatan. Kesusahan atau kemiskinan tidak bererti kehinaan, kerana ramai di kalangan para nabi dan auliya Allah SWT yang hidupnya sederhana tetapi mereka mulia di sisi-Nya.
Justeru itu hendaklah seseorang itu berusaha mencari kemuliaan dengan meningkatkan ilmu makrifat, kerana ilmu adalah sifat Allah SWT yang mulia. Dengan ilmu, manusia dapat mengenali Allah SWt dan dapat mengangkat martabat insaniahnya di sisi Allah SWT sebagai seorang mukmin yang berjaya.
Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Leave a Reply